10 PERUBAHAN SEMASA HAMIL YANG PATUT ANDA TAHU SUPAYA DAPAT BUAT PERSIAPAN MENTAL DARI AWAL

6:21 PM


Masalah ketidakselesaan memang menjadi perkara biasa buat ibu yang hamil.

Ia terjadi akibat daripada kesan perubahan hormon semasa hamil dan perkembangan janin di dalam rahim.

Walaupun keadaan ini tidak menimbulkan risiko yang serius pada ibu, ia tetap membuatkan ibu rasa tidak selesa dan memberi kesan pada mental dan emosi ibu yang sedang hamil.



10 PERUBAHAN SEMASA HAMIL YANG PATUT ANDA TAHU SUPAYA DAPAT BUAT PERSIAPAN MENTAL DARI AWAL



Sesetengah ibu hamil akan dapat merasa cepat penat semasa awal kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan ataupun pada hujung-hujung kehamilan.
Semasa dalam tempoh kehamilan,ibu hamil akan dapat merasa beberapa keadaan yang dianggap biasa terjadi semasa tempoh kehamilan, antaranya :


  • MORNING SICKNESS (RASA LOYA)


Morning sickness atau rasa loya ini boleh berlaku pada  6-8 minggu kehamilan mahupun pada bila-bila masa sahaja terutamanya pada waktu pagi.

Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh juga boleh  berlanjutan kira-kira 12 hingga 14 minggu kehamilan malah ada ibu hamil tetap berasa loya hingga di trimester terakhir.


Rasa loya ini terjadi kerana plasenta dah berupaya untuk memberi sokongan pada perkembangan embrio di dalam kandungan ibu. (credit : Oxford Handbook of Midwifery)

  • PERUBAHAN HORMON

Credit : WikiHow
Keletihan adalah sangat biasa terjadi di peringkat awal kehamilan terutama pada 12 minggu pertama.


Perubahan hormon di dalam badan menyebabkan ibu hamil berasa sangat penat ,loya dan sensitif pada masa yang sama. 

Selain itu, rasa letih juga boleh berpunca daripada berat janin yang semakin membesar di dalam kandungan serta mungkin juga terjadi akibat anemia (zat besi rendah dalam darah) yang biasa dialami oleh ibu hamil.


  • STRETCH MARKS (SELULIT)


Selulit ni antara keadaan biasa terjadi pada wanita hamil. Hal ini terjadi akibat regangan hingga boleh memecahkan kawasan dermis kulit. Apabila ia terjadi,secara automatiknya akan membentuk kesan regangan yang dipanggil selulit.


Selulit semasa hamil ni bergantung juga pada jenis kulit kita kerana ada sesetengah orang mempunyai struktur kulit yang anjal. Ia akan beransur-ansur hilang ataupun tidak ketara selepas bayi dilahirkan.


Dalam beberapa keadaan, selulit akan terjadi jika berat badan ibu hamil melebihi berat badan yang dicadangkan semasa hamil. 

Jadi, kita digalakkan untuk mencapai berat ideal mengikut BMI sebelum mengandung lagi. 

Secara tidak langsung, berat sewaktu hamil tidak akan membebankan ibu untuk mengurangkan berat badan ataupun menghadapi masalah selulit.


  • CRAMP ATAU KEJANG KAKI

Ihsan Google

Cramp biasanya terjadi pada otot betis  atau kaki ibu hamil.  Kekejangan ini kerapkali terjadi pada waktu malam hingga boleh mengganggu waktu tidur ibu hamil dan seterusnya menyebabkan insomnia.


Ibu hamil akan merasai kejang kaki apabila usia kandungan mencecah trimester kedua dimana pada waktu tersebut keadaan rahim semakin membesar. 

Apabila rahim semakin berat, ia memberi tekanan saluran darah hingga menyebabkan saluran darah terganggu. Hal ini boleh menyebabkan tekanan darah pada kaki tidak dapat berjalan lancar serta memberi tekanan pada saraf kaki. (Dr Zubaidi)


Selain itu. ada beberapa punca lain yang boleh menyebabkan kekejangan kaki pada ibu hamil. ( Pama, 2013)


  • Asid yang terkumpul dalam serat otot yang membuatkan otot jadi kejang
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
  • Kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki 
  •  Kandungan yang semakin membesar
   
  • PERUBAHAN PAYUDARA


Antara tanda-tanda awal kehamilan adalah ibu hamil mengalami perubahan pada payudara. 

Pada masa ini, payudara menjadi lebih besar, sensitif, berdenyut dan sakit.

Antara perubahan pada payudara adalah :

* puting payudara dan aerola mulai besar dan gelap kerana perubahan hormon memberi kesan pada pigmentasi kulit   


* payudara terasa lembut dan mudah sensitif


* payudara makin membesar untuk persediaan menyusu


* pengeluaran kolustrum iaitu cecair kekuningan yang diberikan pada bayi. Ia dianggap susu pertama yang diminum oleh bayi untuk mengelakkan jaundise atau kuning serta memberi kekuatan imunisasi pada bayi yang baru dilahirkan.


* tiada perubahan pada payudara. Jika tiada perubahan pada payudara berkemungkinan ibu mengalami masalah kalenjar tisu susu yang tidak mencukupi. Ia dipanggil 'breast hypoplasia' atau 'Insufficient Grandular Tissue' (IGT).



  • RASA PANAS

Ihsan Google

Kebanyakan ibu hamil mungkin akan berasa lebih panas dari biasa disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke kulit. 


Jika rasa kepanasan tu tidak normal dan melebihi suhu badan normal, ibu hamil kena segera mendapatkan pemeriksaan doktor agar tidak membahayakan perkembangan janin.


Apabila ibu hamil berasa panas, mereka mudah berpeluh hingga menimbulkan ketidakselesaan. 

Jadi, antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan rasa panas adalah : memakai pakaian longgar dari kain kapas, kurangkan pendedahan di bawah terik matahari, berada di kawasan sejuk seperti di bawah kipas atau pasang aircond, dan perbanyakkan meminum air masak 


  • SEMBELIT


Masalah sembelit sememangnya kerap terjadi pada wanita hamil. 


Kira-kira 30-40% wanita hamil akan mengalami masalah sembelit, Hal ini terjadi akibat perubahan hormon semasa hamil yang telah memeprlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman. 

Selain itu, ia juga terjadi kesan daripada keadaan rahim yang semakin membesar telah memberi tekanan ke atas rektum.(Utusan,2013)


Mengikut Dr Zubaidi, sembelit juga terjadi kerana wanita hamil mengandungi hormon progestron yang banyak di dalam badan hingga menyebabkan fungsi usus memproses makanan dengan perlahan. 

Beliau juga menyatakan bahawa pengambilan pil atau vitamin berunsurkan zat besi boleh mempengaruhi masalah najis keras  dan seterusnya mengalami sembelit. Jadi, nasihat dari doktor mengenai supplement haruslah diambil kira jika masalah sembelit ni berlarutan dalam masa yang lama.


  • SAKIT BELAKANG

Credit:WikiHow

Gejala sakit belakang memang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Rata-rata wanita hamil akan mengalami sakit belakang pada bila-bila sahaja waktu kehamilan tetapi kebanyakannya akan mengalami sakit belakang pada peringkat akhir tempoh kehamilan. 


Hal ini berkemungkinan terjadi akibat  peningkatan hormon dalam badan,graviti badan mengalami perubahan kesan daripada perkembangan bayi dalam kandungan,pertambahan berat badan ibu dan bayi semasa mengandung, postur badan yang salah semasa duduk atau berdiri,dan tekanan di kawasan pelvis.


  • MENGIDAM MAKANAN


Sesetengah wanita hamil akan mulai mengidam makanan tertentu semasa tempoh kehamilan. 

Walaupun tiada kajian saintifik mengenai punca mengidam di kalangan wanita hamil, simptom ini kerapkali terjadi tanpa sebab yang pasti. 

Adakalanya lelaki juga akan merasai pengalaman mengidam makanan manakala pasangannya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Credit:kakteh,blogspot

"During pregnancy, women are resistant to leptin, an endocrine growth factor. Leptin reduces appetite and stimulates metabolism by interacting with receptors at the “appetite center” of the hypothalamus.11,12 Without leptin, multiple orexigenic pathways, or pathways that stimulate hunger, are left unopposed.13,14 This causes neuropeptide Y, one of the most potent orexigenic agents known, to have significantly decreased immunoreactivity during pregnancy, and this is thought to contribute to increased food intake."

" Studies have also been performed to understand women’s changing sense perception during pregnancy. Some of the first signs of pregnancy include “increased sensitivity to odors” and “a metallic taste in your mouth.” Abnormal smell and/or taste perception is reported in roughly 75% of women. It has been hypothesized that these altered gustatory and olfactory thresholds are caused by a change of neuronal activity within the female brain. Because of uterine expansion during pregnancy, adjacent uterine and gustatory neurons may be interacting with one another.In any case, cravings appear to be affected by smell and taste sensitivity, and thus have a direct biological basis."

Selain itu. wanita hamil juga mudah sensitif terhadap rasa dan bau di sekeliling mereka.


  • KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Kekerapan membuang air kecil boleh terjadi pada minggu awal kehamilan hingga ke trimester ketiga. 

Ia kerap terjadi kerana lebihan darah dan cecair yang semakin meningkat telah dikumuhkan melalui buah pinggang ibu hamil. 

 Perkembagan bayi yang pesat juga mempengaruhi dan memberikan tekanan pada pundi kencing hingga menyebabkan ibu berasa perlunya membuang air kecil dengan lebih kerap.

Ihsan Google

Selain daripada 10 perubahan yang dialami oleh wanita hamil, terdapat beberapa lagi perubahan yang bakal dialami oleh ibu hamil semasa mengandung.
Antaranya pedih ulu hati dan ketidakhadaman,masalah kulit,pendarahan gusi,pendarahan,tekanan darah tinggi dan pra-eklampsia,sakit di bahagian pelvis, buasir, insomnia atau gangguan tidur, masalah keputihan, pendarahan pada vagina, dan sebagainya.

Untuk menangani 10 perubahan semasa hamil seperti di atas, wanita hamil digalakkan untuk menambah tenaga dan mencukupkan keperluan nutrien dengan Set Hamil Shaklee.

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil Set Hamil Shaklee semasa mengandung kerana :

  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  •  mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
bysyiraishak.blogspot.my

ESP @ Energizing Soy Protein

ESP  membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Indeks Glisemik yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.
 
Vitamin C

Vitamin C membantu menguatkan sistem imun para ibu. Selain itu, ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi.

Vitalea

sejenis multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Vitalea membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu hamil. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea semasa hamil.

B Complex

Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi.

Ostematrix 

Ostematrix membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix juga mengandungi vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam.



Walaupun begitu, tak semua wanita hamil akan mengalami semua simptom dan perubahan seperti di atas. Setiap wanita hamil mempunyai perbezaan hormon dan ianya tidak sama antara seorang wanita dengan yang lain.

Yang penting, jaga pemakanan dan amalkan pemakanan sihat.

Sebarang perubahan yang serius pada diri wanita hamil dan bayi dalam kandungan memerlukan khidmat nasihat dari doktor untuk mengesahkan sebarang permasalahan yang timbul.



 

-------------------------------------------------------------------
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Whatsapp / SMS : 
 Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 

 




Sumber / Rujukan:

http://www.bu.edu/synapse/2010/07/28/the-mystery-of-pregnancy-cravings/

http://www.pregnancy.org/article/pregnancy-cravings
http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/
http://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/pages/common-pregnancy-problems.aspx#close
http://www.midyorks.nhs.uk/pregnancy-conditions-or-disorders-advice
http://pregnancy.about.com/od/symptomsofpregnancy/a/breastchanges.htm
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130707/kn_01/Sembelit-ketika-hamil#ixzz3MLV9L0u6 
http://keluargabaru.com/mengatasi-ketidakselesaan-ketika-hamil/
http://www.patient.co.uk/doctor/common-problems-of-pregnancy
http://drzubaidi.com/blog/sembelit-ketika-hamil/
http://pama.karangkraf.com/famili/kejang-betis-semasa-hamil-1.224291



You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::