CARA CEPAT HAMIL DENGAN 5 MAKANAN YANG PATUT DICUBA

3:10 PM


Anda sedang mencuba untuk hamil?




Buat pasangan yang baru berkahwin, memang akan impikan untuk mempunyai anak secepat mungkin. Begitu juga buat pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata.

'Kenapa aku belum hamil? Banyak orang asyik tanya bila nak mengandung..'. rimas kan dgn soalan klise tu?

Tapi pernah tak terfikir bahawa makanan juga mempengaruhi tahap kesuburan anda?

Terdapat beberapa jenis makanan yang mampu membantu dalam diet kita dan semestinya dapat meningkatkan kehamilan.

Hal ini kerana keseimbangan vitamin dan mineral dalam badan sangat penting bagi memastikan badan kita mendapat kandungan nutrien yang mencukupi bagi meningkatkan tahap kesuburan untuk mengandung.


CARA CEPAT HAMIL DENGAN 9 MAKANAN YANG PATUT DICUBA


Terdapat beberapa makanan yang mampu membantu anda untuk cepat hamil. Antaranya adalah :
 
PISANG

• kaya dengan vitamin B6
• B6 penting kerana ia dapat mengawal hormon dalam badan
• kekurangan B6 boleh menyebabkan haid tidat teratur dan mengurangkan jumlah sperma yang berkualiti

BUAH SITRUS 
• Kaya dengan Vitamin C
• terdapat kajian dimana lelaki yang kurang subur telah diberikan 1000mg Vitamin C. Hasilnya, mereka dapat menghasilkan jumlah sperma dan motility (keupayaan  sperma untuk bergerak ke arah telur) menjadi lebih baik.
• Vitamin C juga membantu menstabilkan hormon wanita

KERANG KERANGAN

• kaya dengan Vitamin B12
• kajian menunjukkan ada kaitan antara kekurangan B12 dengan tahap estrogen yang tidak normal. Hal ini boleh mengganggu persenyawaan telur
• B12 juga membantu mengukuhkan lapisan endometrium dalam persenyawaan telur dan mengurangkan risiko keguguran





TELUR

• kaya dengan Vitamin D
• satu kajian dari University of Yale telah menunjukkan bahawa dalam 67 orang wanita subur , hanya 7% dari mereka mempunyai tahap Vitamin D yang biasa manakala selebihnya  93% kekurangan Vitamin D


TOFU

• Kaya dengan iron atau zat besi
• Herthir Rodriguez, pakar kesuburan menyatakan terdapat kajian yang menunjukkkan, wanita yang tidak mengambil zat besi yang mencukupi boleh mengalami kekurangan ovulasi dan telur kurang sihat. Hal ini boleh menjejaskan kehamilan sebanyak 60% berbanding mereka yang mengambil jumlah zat besi yang mencukupi.




KACANG PEAS
• kaya dengan zinc
• zinc yang mencukupi dapat meningkatkan tahap kelajuan sperma, meningkatkan bentuk sperma supaya lebih firm, serta menjaga fungsi dan kualiti sperma lelaki
• Bagi wanita, kekurangan zinc boleh membawa kepada ketidakseimbangan hormon estrogen dan progestron






BADAM

• kaya dengan Vitamin E
• Vitamin E boleh meningkatkan kesihatan sperma lelaki
• ia juga merupakan antioksidan yang dapat melindungi sperma dan DNA telur



SALMON
• kaya dengan selenium
• selenium menghasilkan antioksidan yang melindungi telur dan sperma daripada radikal bebas
• ia membantu mencegah kerosakan kromosom yang boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir mahupun risiko keguguran
• selenium juga menjadikan sperma lebih subur


MACKEREL
• kaya dengan asid lemak atau fatty acid
• ia penting untuk menguatkan sistem reproduktif wanita
• DHA merupakan salah satu asid lemak dalam minyak ikan dimana ia mempunyai impak yang bagus pada kesihatan sperma
• kekurangan asid lemak boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dalam membran sperma yang boleh menghalang sperma dari matang.




Menurut Dr Hamid Arshat, untuk kesuburan kita digalakkan untuk mengambil supplement seperti multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, dan Asid Folik. Ini sedikit sebanyak membantu jika kita kekurangan nutrisi didalam badan dan boleh menyebabkan ketidaksuburan dan membuatkan anda cepat hamil.



Usaha Tangga kejayaan kan?






Whatsapp / SMS : 
Founder of Calla Donita : SSM 00251**** 
 Syira Ishak 014 634 2040 
Projek Calla Donita

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::