MAKANAN FAST FOOD DAN JERUK PUNCA DAPAT KANSER PERUT?

6:02 PM




“Kanser perut adalah kanser yang ke-9 paling kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia. Pada tahun 2007, sebanyak 630 kes dikesan dan kebanyakannya dikesan pada tahap Ke-3 atau ke-4,”

Makanan kaya dengan kandungan garam penyebab kanser perut?

Kanser perut ni sukar untuk dikesan kerana tiada simptom yang ketara pada tahap awal semasa kanser tu merebak. Selain itu, sikap kita yang takut dengan prosedur endoskopi juga membuatkan sel kanser ni lambat dikesan pada peringkat awal.

Kanser perut atau juga dikenali sebagai kanser gastrik berlaku pada dinding perut.Ia menyerang tisu perut iaitu organ seperti kantung dan terletak antara esofogus dan usus.

GEJALA KANSER PERUT

Kebanyakan gejala kanser perut ni hampir sama dengan gejala pesakit gastrik.

Antaranya adalah :

  • Kembung perut
  • Sakit perut apabila makan
  • Cepat berasa kenyang
  • Berat badan turun mendadak 
  • Muntah muntah selepas makan
  • Najis berwarna gelap
  • Rasa letih yang mungkin disebabkan anemia
  • Rasa pedih ulu hati

PUNCA KANSER PERUT


Ramai lelaki menghidap kanser perut berbanding wanita

Risiko mendapat kanser perut juga meningkat seiring dengan peningkatan usia terutamanya selepas berumur 50 tahun. 

Selain itu, jangkitan Helicobacter pylori adalah faktor risiko yang paling penting untuk mendapat kanser perut. H. pylori adalah sejenis bakteria yang biasa dijumpai dalam perut. Ia boleh menyebabkan keradangan, ulser dan perubahan kepada sel-sel di dalam lapisan perut. Kehadiran bakteria helicobacter pylori menyebabkan seseorang itu mengalami perut kembung dan berangin.


Mengambil makanan berasid seperti makanan yang dijeruk dan makanan yang disimpan lama boleh mengganggu kesihatan perut. Sebagai contoh, insiden kanser perut yang tinggi berlaku di Jepun dan Korea kerana kebanyakan masyarakat di sana mengambil makanan berjeruk. (sumber)

Selain dari makanan berasid seperti jeruk, terdapat beberapa bukti bahawa makanan yang kaya garam dan masin boleh meningkatkan risiko kanser perut. Begitu juga dengan makanan yang disalai, dibakar atau makanan terproses yang mampu meningkatkan risiko mendapat kanser perut.
HAl Ini mungkin disebabkan oleh sebatian seperti nitrat, amina heterocyclic dan hidrokarbon aromatik polisiklik yang sering didapati di dalam makanan tertentu hingga menimbulkan risiko kanser perut tersebut.
 
TIPS MUDAH UNTUK ELAK KANSER PERUT

Sebenarnya melalui pemakanan yang baik dan seimbang, anda mampu untuk elakkan diri dari terkena sebarang kanser termasuk kanser perut.

 Antaranya adalah ;


  • Mengambil Vitamin yang kaya antioksidan seperti Vitamin C dan E
Vitamin C dan vitamin E berfungsi dalam meneutralkan radikal bebas penyebab kanser dan meningkatkan sistem imun. Kalau anda nak mengurangkan risiko kanser perut, pastikan anda mendapat kandungan makanan kaya antioksidan seperti Vitamin C dan E dam diet seharian anda.
 
  • Makan Makanan Kaya dengan Vitamin A dan Beta-Carotena
 Ada kajian menunjukkan jika diet anda mengandungi keperluan Vitamin A dan beta Carotena yang cukup, ia akan mengurangkan risiko kanser perut tau. Contoh makanan yang kaya beta carotena adalah lobak merah, bayam, aprikot, brokoli dan sebagainya.
 

  •  Ambil makanan yang mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah
 Makanan yang rendah GI akan mencerna makanan secara perlahan lahan dan tahap gula dalam darah pun tak meningkat secara tiba tiba. Makanan yang mempunyai GI tinggi dapat merangsang pengeluaran insulin. Peningkatan pada insulin pula boleh merangsang pertumbuhan sel kanser hingga merebak pada organ lain.
 
contoh makanan yang rendah GI dan tinggi GI. Ambil makanna yang rendah GI iaitu antara 55 dan kebawah
 

CARA MERAWAT KANSER PERUT SEBELUM MEMBAWA KEPADA KEMATIAN


Jika anda menhidapi kanser perut pada peringkat awal, jangan risau. Pesakit kanser perut akan sembuh dengan izin Allah jika menjalani ujian endoskopi dan pembedahan tetapi bergantung juga kepada tahap keseriusan kanser tu.

Selain endoskopi dan pembedahan, anda juga boleh mengambil Vivix untuk membunuh sel sel kanser yang yang cepat merebak dalam sel badan. Resveratrol dalam Vivix inilah membantu membantutkan sel kanser  dari cepat merebak.

Resveratrol dalam vivix ini terdapat dalam buah anggur muscandine yang merupakan salah 1 kandungan yang ada dalam Vivix. Ini resveratrol di dalam buah anggur muscadine adalah paling tinggi berbanding tumbuhan lain. 


Selain kanser perut, Vivix juga membantutkan sel sel kanser yang lain seperti kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan sebagainya.

Paling penting, pengesanan kanser dari awal dapat membantu anda membantutkan sel kanser dari jatuh ke stage 4. Insyallah. 

www.bysyiraishak.blogspot.com


Ni kes serius tau. Jika anda anda gejala gejala seperti di atas yang lebih kurang sama dengan gastrik, cepat cepat untuk berjumpa pakar supaya diagnosis boleh dibuat dan rawatan secepatnya boleh diberikan mengikut kesesuaian tahap kanser yang anda alami.

Dan jangan lupa ambil Vivix untuk membantu  merencatkan sel kanser dari merebak pada organ lain.








-------------------------------------------------------------------



-------------------------------------------------------------------














Sumber/Rujukan :
http://www.ukm.my/news/Latest_News/penyelidikan-kanser-perut-pelajar-ijazah-ukm-naib-juara-di-gut2016/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm
http://www.nhs.uk/Conditions/Cancer-of-the-stomach/Pages/Symptoms.aspx
http://www.everydayhealth.com/columns/health-answers/seriously-bloated-warning-signs-you-shouldnt-ignore/
http://www.cancer.org.au/about-cancer/types-of-cancer/stomach-cancer.html
http://chealth.canoe.com/condition/getcondition/Stomach-Cancer
http://www.bupa.co.uk/health-information/directory/s/stomach-cancer
https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/stomach-cancer
http://www.aicr.org/continuous-update-project/reports/stomach-cancer-report.pdf
http://health.usnews.com/health-news/patient-advice/articles/2016-07-29/stomach-cancer-awareness-and-advances-needed
https://www.ucsfhealth.org/conditions/stomach_cancer/
http://www.nccs.com.sg/PatientCare/WhatisCancer/TypesofCancer/Pages/stomach-cancer.aspx?p=/PatientCare

http://www.healwithfood.org/stomachcancer/
http://www.nyp.org/cancer/services/gastrointestinal-cancer/stomach-cancer
https://www.esmo.org/content/download/6635/115239/file/EN-Stomach-Cancer-Guide-for-Patients.pdf
http://www.healwithfood.org/stomachcancer/questions-qa.php
http://www.cancer.ca/en/cancer-information/cancer-type/stomach/risks/?region=on

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::