CARA UNTUK MENCEGAH KANSER PROSTAT SUPAYA ISTERI MUDA TAK KOMPLEN SUAMI DAH MATI PUCUK

12:00 AM



Prostat ialah kelenjar sebesar buah walnut yang terletak di bawah pundi kencing dimana
fungsinya adalah untuk menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani.



Kanser prostat adalah antara kanser yang kerap terjadi di kalangan lelaki .Ia cenderung untuk berlaku terutamanya di kalangan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas.  

Mengikut statistik, pada 2012 dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki didiagnos menghidap penyakit berkenaan. Di Malaysia pula, kanser prostat berada di tangga keempat senarai penyakit kanser yang biasa dihidapi golongan lelaki dengan 502 kes dilaporkan pada 2007. Kanser yang terjadi dalam prostat ini menyerang kelenjar dalam sistem reproduktif lelaki. [1]

Peringkat awal kanser prostat, ia tidak menghasilkan sebarang gejala dan mungkin tidak menjadi kanser serta tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun ada sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat. Sel kanser itu mungkin boleh merebak daripada prostat ke bahagian lain tubuh terutama tulang dan nodus limfa.

5 FAKTOR RISIKO KANSER PROSTAT

  • Umur
Lelaki berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat. Hampir dua pertiga daripada semua jenis kanser prostat ditemui pada lelaki umur 65 tahun ke atas.

  • Diet
Lelaki yang mengamalkan diet yang tinggi dalam pengambilan daging merah atau makanan bersumberkan tenusu tetapi rendah dalam mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan,  mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapat kanser prostat. 
  •   Obesiti.
 Obesiti telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat.

  • Genetik
Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.

  • Hormon
Paras testosteron yang tinggi mungkin mencepatkan lagi pembentukan kanser prostat.

 SIMPTOM KANSER PROSTAT


  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.

CARA UNTUK MENCEGAH KANSER PROSTAT DARI TERJADI


Kanser prostat memang biasanya terjadi pada lelaki yang berumur. JArang terjadi pada lelaki muda. 

Ia akan menjadi satu masalah jika isteri muda berkahwin dengan lelaki yang berusia apetah lagi jika suami tersebut mempunyai kanser prostat.

Oleh itu, rawatan yang cepat patut diambil supaya penyakit tersebut tidak menjejaskan tahap kesuburan suami tua serta mengganggu kemampuan untuk ereksi.

Jadi, beberapa tips untuk mencegah kanser prostat wajar diambil perhatian sebelum ianya terjadi especially jika anda mempunyai faktor risiko yang mengaitkan diri anda dengan kanser prostat.

Antaranya adalah :


  • Aktif dalam aktiviti fizikal mampu menurunkan risiko kanser prostat
  • Menjalani pemeriksaan untuk kanser prostat. Ia mampu mengesan simptom awal masalah pembesaran kalenjar prostat.
  • Mengambil multivitamin yang mengandungi vitamin D dan antioksidan, terutamanya selenium.
  • Makan dalam kuantiti sedikit daging merah dan lemak tepu. Diet yang tinggi dalam daging merah dan lemak tepu telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser prostat.
  • Kurangkan pengambilan produk tenusu. Ada kajian mengaitkan pengambilan kalsium yang tinggi mampu meningkatkan risiko kanser prostat. Ambil kalsium dalam kuantiti yang dibenarkan sahaja dalam sehari iaitu tidak melebihi 1500mg sehari.
  • Makan lebih banyak sayur-sayuran, terutama tomato . Lycopene iaitu sejenis karotenoid yang terdapat pada tomato dan tembikai mampu menurunkan risiko mendapat kanser prostat.
  • Mengambil sumber soya dengan kerap. Makanan bersumberkan soya mengandungi genistein, sebuah isoflavon yang membantu mmengekalkan tahap hormon testeron lelaki.
  • Makan lebih banyak sumber ikan. Ikan yang kaya dengan omega 3 dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat.
  • Makan lebih banyak serat.
  • Amalkan minum teh hijau. Sebatian antioksidan dalam teh hijau yang dipanggil EGCG (epigallo-catechin-gallate ) mampu membunuh sel-sel kanser prostat . 

www.bysyiraishak.blogspot.com
Vivix : Asid Ellagik dalam vivix membantu menghalang kanser prostat dan membantu meningkatkan imun sistem pesakit kanser prostat terutama mereka yang telah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Ia juga mengandungi resveratrol dan polyphenols yang sangat bagus dengan fungsi anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial.

Omega Guard : Kaya dengan APA dan DHA untuk mengurangkan risiko kanser

Vitamin E : Sumber antioksidan untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kalnejar prostat membengkak.

Zinc Complex : Membantu mengoptimumkan fungsi kalenjar prostat, meningkatkan paras testeteron, dan mencegah masalah mati pucuk.


'MEncegah lebih baik dari mengubati'





-----------------------------------------------------------------------
Pertanyaan? Boleh terus whatsapp ke : 


-----------------------------------------------------------------------




































Sumber/Rujukan :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm
http://www.hmetro.com.my/node/23137
http://www.care.upm.edu.my/sp/page/2756/rawatankanserprostat%20
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/serangan-8232-kanser-prostat-1.42681
http://www.remaja.my/lifestyle/amalkan-5-makanan-ini-dan-kamu-dapat-mengelakkan-diri-terkena-kanser-prostat-1.547423
http://www.majalahpama.my/kesan-hidap-kanser-prostat-1.255644
http://www.myhealth.gov.my/kanser-prostat/
http://www.cdc.gov/cancer/prostate/basic_info/treatment.htm
http://umm.edu/health/medical/reports/articles/prostate-cancer

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::