CARA MUDAH UNTUK MENCEGAH BUASIR DARI LUKA TERUK HINGGA PERLU DIBEDAH

5:34 PM

Berapa banyak hidangan buah buahan dan sayuran yang anda ambil dalam sehari?

Ada kajian menunjukkan pengambilan serat memberi banyak faedah pada kesihatan   terutamanya ia  mampu merawat dan mencegah sembelit serta buasir.

Menurut kaji selidik dari  International Food Information Council pada tahun 2007, 86% pengguna yang makan sumber fiber mempunyai sistem penghadaman yang lebih sihat.

Kalau penghadaman tak sihat, kemungkinan untuk mengalami masalah sembelit dan yang paling teruk adalah buasir memang tinggi.


APA ITU BUASIR?

Buasir ni terjadi akibat kawasan dubur mengalami bengkak. Bila ada tekanan je pada kawasan bengkak pada dubur, itu  yang menyebabkan  bila nak buang air besar je kita akan rasa sangat sakit.


Bengkak pada dubur ni terjadi disebabkan ada pengembangan salur darah pada kawasan dubur atau ketumbuhan sel sel yang melapisi saluran dubur.

Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Hal ini  disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Kalau anda nak tahu, masalah buasir ni ada dua jenis iaiu buasir dalaman dan buasir luaran.



Buasir dalaman ni merupakan bengkak pada bahagian dalam saluran dubur manakala buasir luaran pula melibatkan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur 

Kes buasir dalaman tak la seserius mana kerana ia tidak melibatkan rasa sakit. CUma anda akan mengalami gangguan untuk membuang air besar dengan lancar hingga mampu menyebabkan permukaan buasir tu luka dan berdarah.

Yang kes buasir luaran ni pula agak bahaya kerana anda perlu mendapatkan rawatan tertentu untuk mengatasi masalah buasir ni. Anda akan mengalami rasa sakit, pedih dan gatal pada dubur.

FAKTOR PENYEBAB BUASIR


Kadang kadang kita mungkin tak perasan yang kita mengalami masalah buasir kan. So, faktor penyebab  buasir ni  adalah :

  • Mempunyai masalah sembelit yang kerap 
Najis yang besar dan kering memang perlukan kita untuk meneran dengan kuat untuk dibuang. Ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada saluran anus di bahagian dubur hingga mampu menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. 

  •  Masalah berat badan berlebihan
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama
  • Kerap cirit birit
  • Wanita mengandung yang mengalami tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar.

CARA MENCEGAH BUASIR DARI LUKA TERUK HINGGA PERLU DIBEDAH

Sebelum masalah buasir menjadi semakin kronik, langkah pencegahan wajib diambil. Anda kena tahu punca masalah buasir yang anda hadapi terlebih dahulu supaya ianya tidak lagi berulang.

Kadang kadang kalau kita kurang minum air dan kurang mengambil makanan berserat juga menjadi sebab untuk kita mengalami buasir. Jadi, lebihkan pengambilan air sebanyak 2-3 liter sehari dan juga serat yang terdiri dari buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakkan masalah sembelit dan seterusnya buasir.

Selain itu, anda juga boleh mencegah buasir melalui :

  • Mengamalkan tabiat buang air besar dengan baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar. Lagi bagus kalau dapat pilih tandas cangkung untuk membuang air besar supaya najis mudah keluar
  • Hembus nafas keluar jika nak angkat barang
  • Bersenam dapat membantu mencegah sembelit yang merupakan antara penyebab utama buasir.
  • Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama.
  • Elakkan dari menangguh untuk membuang air besar.
  • Ambil makanan tambahan yang kaya dengan serat untuk elakkan angin dalam badan.


Selain dari pisang dan betik, ada 3 jenis makanan lain yang mampu membantu anda untuk mengelakkan sembelit dan seterusnya buasir. Antara buah berikut adalah :


  • Cincau
 Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Ia juga mampu membersihkan organ pencernaan dari karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

  •  Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral serta mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.

  • Ciku
Sesiapa yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan memakan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Ataupun ciku yang lumat tu dicampur dengan air suam serta sedikit garam sebelum ambil sarapan pagi.

www.byysiraishak.blogspot.com

Selain dari tips dan pemakanan seperti di atas, Set Buasir Shaklee juga membantu untuk mengatasi masalah buasir luaran hingga mampu menyebabkan luka teruk hingga perlu dibedah.

Zinc Complex : Membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Ostematrix : Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta membaikpulih luka pada dubur  akibat buasir.

Omega Guard : Melegakan kesakitan semasa membuang air besar dan membantu untuk mengecutkan otot dubur yang bengkak.




-------------------------------------------------------------------------------


Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :



-------------------------------------------------------------------------------















Sumber/Rujukan :
http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik8.html
http://www.majalahpama.my/famili/atasi-masalah-buasir-lepas-bersalin-1.10592
http://www.mmgazette.com/berak-berdarah-apa-patut-saya-buat-dr-ruhi-fadzlyana/
http://patient.info/health/piles-haemorrhoids
https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/haemorrhoids
http://www.cdd.com.au/pages/disease_info/haemorroids.html
http://getridofhemorrhoidsguide.com/getting-rid-hemorrhoids/
http://www.readersdigest.co.uk/health/embarrassing-conditions/haemorrhoids/haemorrhoid-cures
http://www.peoplespharmacy.com/2014/10/15/home-remedies-for-hemorrhoids/
http://www.babycenter.com.my/a1053058/buasir
http://www.emedicinehealth.com/hemorrhoids/article_em.htm
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::