AKIBAT DENGAR CAKAP ISTERI, PARUT CHICKEN POX HILANG DALAM MASA 30 HARI!

12:00 AM

'Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.


Setiap hari “dipaksa” makan dan................................................'



Pernah hadapi chicken pox atau cacar air?

Tahu tak, serangan chicken pox paling teruk akan dialami pada usia dewasa berbanding kanak kanak? 

JIka anda tidak pernah hadapi chicken pox, pastikan anda mempunyai antibodi badan yang kuat tau. JIka lemah, anda akan mudah diserang virus chicken pox apabila dewasa. Nanti nak keluar rumah pun, akan rasa segan dengan kehadiran parut yang teruk.

Bila dapat chicken pox, anda akan rasa gatal, sakit dan hilang selera makan. Paling membimbangkan adalah kesan parut chicken pox yang sangat hodoh.

www.bysyiraishak.blogspot.com


APA ITU CHICKEN POX ATAU CACAR AIR?

Chicken pox atau cacar air merupakan jangkitan kegatalan yang melepuh pada permukaan kulit samada muka, badan, kaki, kepala mahupun seluruh badan.

Ia terjadi akibat oleh virus Varicella-Zoster yang juga merupakan penyebab kepada jangkitan kayap ( Herpes Zoster) di kalangan orang dewasa.

CHICKEN POX BOLEH MEREBAK?

Paling membimbangkan, chicken pox ini mudah merebak kepada orang lain melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Virus chicken pox boleh merebak sehingga 48 jam sebelum ruam mula timbul. 

Ia boleh berjangkit kepada orang lain sehingga chicken pox itu kering dan berkeruping. Jadi, elakkan berkongsi pakaian atau tuala dengan penghidap chicken pox ni. Asingkan juga pakaian mereka untuk dibasuh.

SIMPTOM CHICKEN POX
 

Individu yang mempunyai chicken pox atau cacar air akan mempunyai tanda tanda seperti :
  • kesan melepuh kecil seperti ruam
  • cepat rasa letih
  • demam
  • rasa sakit dan pedih pada kawasan berjangkit

Chicken Pox ni tidaklah bahaya jika anda mendapat rawatan atau melakukan remedi di rumah secepat mungkin. Tetapi, ia akan menjadi bahaya pada individu tertentu seperti :


  • Bayi yang baru lahir kerana mereka mempunyai sistem imun yang rendah
  • Wanita yang sedang hamil
  • Individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah seperti yang ambil banyak ubat, mempunyai penyakit kronik ataupun ada mengambil apa sahaja ubat ubatan 
  • Belum mendapat vaksin chicken pox
  • Tidak pernah menghadapi chicken pox


CARA MERAWAT CHICKEN POX SUPAYA LEBIH CEPAT SEMBUH


Ramai yang susah hati jika tidak mendapat rawatan yang cepat jika mendapat virus chicken pox. Pada saya, tanpa rawatan doktor dan ubat ubatan 100%, anda mampu mengurangkan bahana kegatalan dan mengeringkan chicken pox melalui beberapa cara seperti di bawah. 

Itupun jika anda menghidapi chicken pox yang tidak terlalu teruk dan dalam peringkat yang sederhana.

Sepanjang pengalaman saya dahulu, doktor akan berikan antibiotik, ubat gatal dan ubat sapu untuk masalah chicken pox yang saya hadapi.  

Tapi, ada lagi cara yang lain untuk merawat chicken pox ni tanpa perlu berjumpa doktor.

  •  Mandi dengan menggunakan air suam setiap 4 jam sekali. Guna sabun antibakteria semasa anda menghidapi chicken pox ni.
  • Buat air mandian dengan campuran baking soda, tepung jagung dan oat dalam air.
  • Guna losyen calamine untuk melegakan gatal gatal kulit. Anda juga boleh menggunakan Krim Herbal Blend Shaklee untuk mengatasi kegatalan kulit akibat chicken pox. Serius mujarab.
  • Tuam pek ais atau tuala lembap pada kawasan yang gatal selama setengah jam. Elakkan berkongsi tuala dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan virus.
  • Ambil ubat antihistamin jika anda mengalami kegatalan pada waktu malam hingga sukar untuk tidur.
  • Basuh tangan dengan kerap jika anda kerap menggaru pada kawasan chicken pox.
  • Ambil paracetamol untuk mengurangkan sakit kepala, demam atau apa sahaja simptom semasa mengalami chicken pox.
  • Rehat secukupnya
  • Minum air masak secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • Mengelakkan makanan masin 
  • Pakai pakaian yang selesa seperti kain cotton
  • Pastikan kawasan persekitaran tidak terlalu sejuk atau panas kerana ia boleh menyebabkan kegatalan menjadi teruk.

Selain dari tips di atas, penghidap chicken pox juga boleh amalkan diet tertentu untuk memudahkan penghadaman semasa sakit. Antaranya :


  • Amalkan diet yang terdiri daripada minuman berbentuk jus, air kelapa, sup sayur, sup ayam dan sebagainya. Diet yang sebegini membantu tubuh untuk menyerap nutrien yang diperlukan semasa sakit.
  • Ambil makanan yang mudah dihadam
  • Gelembung Chicken pox juga boleh muncul dalam mulut dan tekak. Jadi, jika anda menghadapi keadaan ni, elakkan untuk memakan makanan pedas, berminyak dan keras. Ia akan membuatkan kesan melepuh tu pecah dan boleh menyebabkan jangkitan.
  • Tingkatkan pemakanan yang kaya dengan zinc, magnesium dan kalsium untuk meningkatkan sistem imun.


CARA CEPAT MERAWAT PARUT CHICKEN POX DENGAN SHAKLEE


Di bawah ni merupakan pengalaman Encik Zamri semasa beliau menghidapi chicken pox hampir 2 bulan. Bukan mudah nak mengahdapi chicken pox semasa usia makin meningkat. PArut pun agak sukar untuk sembuh. Tapi, percubaan Encik Zamri ternyata berhasil apabila beliau mengikut saranan isterinya.

Credit : Supermon Shaklee Story
'Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas (2015)

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.'

Jom tengok video ni pula mengenai pengalaman Puan Daya, bekas penghidap chicken pox dalam merawat masalah kulit yang dialami.




APA YANG ANDA BOLEH AMBIL UNTUK BUATKAN CHICKEN POX SURUT DAN PARUT HILANG?

Kalau nak redakan chicken pox dan menghapuskan masalah parut chicken pox, anda boleh cuba beberapa produk sebagaimana Encik Zamri dan Puan Daya telah cuba.


www.bysyiraishak.blogspot.com


Nutriferon : Dapat meningkatkan daya tahan tubuh melawan virus chicken pox ni.

GArlic Complex : Antibiotik untuk melawan serangan virus.

ESP : Memberi tenaga segera dan membina sel baru pada kulit yang diserang parut chicken pox.

Vitamin C : Meningkatkan sistem imun badan dan mencantikkan kulit supaya lebih cerah dan berseri.

Vitamin E : Membantu memudarkan parut chicken pox yang teruk pada tubuh dan wajah dan memperbaiki tekstur kulit.


Chicken pox ni memang mudah untuk berjangkit. Jika chicken pox masih di peringkat sederhana,  ia masih boleh dirawat di rumah tanpa rawatan doktor. Yang penting, anda perlu mengawal pemakanan dan mengikuti tips di atas untuk mengurangkan kegatalan chicken pox tersebut.


-----------------------------------------------------------------------------
Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp ke :



--------------------------------------------------------------------------------------------









Sumber/Rujukan :
http://www.health.govt.nz/your-health/conditions-and-treatments/diseases-and-illnesses/chickenpox
http://umm.edu/health/medical/altmed/condition/varicellazoster-virus
http://www.bellybelly.com.au/child/chicken-pox-what-you-need-to-know-about-chicken-pox/
http://www.majalahpama.my/petua/risau-kesan-chickenpox-pada-anak-amal-3-petua-ini-mudah-sahaja-1.246079
https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/chickenpox
http://www.healthline.com/health/chickenpox#RiskFactors4
http://www.livescience.com/34710-chickenpox-shingles-symptoms-treatment.html
http://www.bupa.co.uk/health-information/directory/c/chickenpox

You Might Also Like

1 Pengomen

  1. nasib baik sy kena chicken pox mase darjah 6.. kalau dh besar kena, stress jugak.. btw, salam singgah :)

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::