7 TIPS CANTIK BERSERI MACAM CHE TA PADA HARI RAYA DAN SEMASA BERKUNJUNG KE RUMAH TERBUKA

4:24 PM

Alhamdulillahsyawal pun dah datang. macam mana dengan ramadhan anda? Cemerlang? Insyallah..

Sepanjang ramadhan, rutin kita memang sentiasa sibuk kan.. dari bab nak berteraweh, nak sediakan makanan untuk sahur dan berbuka puasa hinggalah pada persiapan raya. Semuanya mak mak dan kaum hawa yang settlekan.

Bila dah jadi macam tu, waktu rehat dan tidur pun akan jadi kurang. Macam saya, selepas panaskan lauk atau masak untuk sahur, terus siap siap untuk ke ofis di Nilai. Mengantuk tu memang mengantuk. Tapi, performance drink kan ada?

Bila kurang tidur dan penat, automatik badan akan jadi lesu, muka nampak kusam dan eyebag ala panda pun mulalah muncul.

www.bysyiraishak.blogspot.com


Eh, mesti banyak undangan rumah terbuka kan? Tapi muka masih tak berseri seri? Jom cuba 7 tips mudah ni supaya tak kena perli dek makcik makcik yang terjumpa anda!

7 TIPS CANTIK BERSERI PADA HARI RAYA DAN RUMAH TERBUKA


● Manjakan diri ala mini spa di rumah

Jika tak sempat nak pergi spa untuk buat rawatan badan dan wajah, anda boleh buat masker atau skrub menggunakan bahan bahan yang ada di rumah.




Masker  dapat membantu membuang sel kulit mati dan mengelakkan muka kelihatan kusam. Manakala skrub pula boleh mengatasi keletihan badan dan daki yang terkumpul.

Kalau ada produk Shaklee di rumah, buat juga buat masker instant. 

www.bysyiraishak.blogspot.com

 ● Guna ais untuk segarkan wajah

Sebelum bersolek pada pagi Syawal, tekapkan muka dengan ais. Memang best. Muka akan rasa segar dan solekan lebih tahan lama tauu.



● Ambil buah buahan dan sayuran

Masa raya, kemungkinan nak makan sayur dan buah akan berkurangan. Yelah, kita mungkin akan makan makanan penuh kolestrol seperti lemang bersama rendang kan. Jadi, pengambilan buah dan sayur setiap hari sebelum raya membantu badan untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.

● Skrub hampas kelapa

Ada lebihan hampas kelapa semasa nak masak rendang atau masak lauk lain?

Hampas kelapa ni boleh dijadikan skrub badan tauu. Ia dapat membantu menghaluskan dan mencerahkab kulit.Lagi best, ia akan membuatkan kulit badan lebih lembap dan dapat menghilangkan kesan gelap di kawasan intim.

● Naikkan seri muka dengan  telur dan madu

Ni petua trafidional untuk naikkan seri muka. Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan 2 sudu madu. 

Ia bagus untuk kesihatan dalaman dan membekalkan tenaga pada badan.

● Lembapkan kulit dengan minyak zaitun

Masa puasa badan akan kekurangan air. Ini menyebabkan  kulit menjadi kering dan kusam. Selain minum air yang mencukupi, sapu minyak zaitun pada muka untuk dapatkan kulit yang halus dan lembap.



● Bekalkan tenaga dengan jus kurma

Kurma memang bagi tenaga pada badan semasa berpuasa. Anda juga boleh buat jus kurma bersama susu atau ESP untuk nampak cergas dan tak lesu.


Dah siap sedia untuk mengelakkan kulit kusam semasa beraya dan mengunjungi rumah terbuka nanti?

Jom mulakan sekarang. Kami semua hanya buat masker dari produk Shaklee dan amalkan Vitamin C Shaklee untuk lebih sihat berseri.

Selamat HAri Raya!




------------------------------------------------------- 


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::