9 TIPS MUDAH DAN MURAH UNTUK MENGATASI TUMIT MEREKAH SUPAYA TAK SAKIT SEMASA BERJALAN

7:58 PM


Pernah dulu saya alami tumit merekah. Mungkin kulit kaki agak kering dan sensitif dengan simen rumah. Mula mula hanya sedikit sahaja rekahan tapi lama kelamaan merekah tu agak dalam dan menyebabkan terasa gatal pula kat kawasan tumit yang merekah tu.

Disebabkan itulah, saya mula jaga kawasan kaki dengan baik dan sapu losyen. MAsa tidur pun kadang kadang pakai stokin untuk lembapkan kulit kaki. Selain tu, pakai selipar di dalam rumah yang bersimen pun bagus untuk melindungi tapak kaki yang sensitif pada simen.

Sebenarnya kulit pada tapak kaki kita ni memang jenis kering. Tak seperti kawasan kulit yang lain, kulit di bahagian tapak kaki tidak mempunyai kalenjar minyak. JAdi, kulit di tapak kaki kita ni bergantung pada kalenjar peluh untuk melembapkan kawasan kaki supaya tidak merekah.

www.bysyiraishak.blogspot.com


Rekahan tumit akibat tumit yang kering dan pecah pecah akan menyebabkan kita berasa sakit apabila berjalan. Walaupun kulit kering menjadi punca utama, kulit kaki merekah juga berpunca dari risiko penyakit seperti kencing manis mahupun obesiti.


Tapi, kalau dah ada kalenjar peluh untuk melembapkan kaki, kenapa masih ada kulit kaki yang masih kering hingga menimbulkan rekahan pada tumit?


PUNCA TUMIT KAKI MEREKAH
 

Selain dari tumit kaki yang mengalami kekeringan , terdapat beberapa punca tumit boleh merekah  :


  • Diet kurang seimbang akibat kekurangan vitamin dan mineral seperti zinc, asid lemak omega 3, kalsium, iron, Vitamin A dan VItamin E dalam badan
  • Berdiri lama di kawasan lantai yang keras tanpa pelindungan di kaki seperti stokin atau selipar
  • Design kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki, ketat atau kurang selesa
  • Masalah berat badan atau obesiti yang meningkatkan tekanan pada kaki
  • Memakai kasut yang yang terbuka di bahagian belakang kaki
  • Dehidrasi atau kekurangan air didalam badan
  • Mandi air panas hingga kulit menjadi kering
  • Pemakaian sabun yang mengeringkan kulit
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis atau tiroid
  • Penuaan kulit akibat kekurangan kelembapan pada kulit serta faktor umur yang kurang elastik pada kulit
  • Terdedah lama di bawah sinaran matahari
  • Alah kepada simen lantai 
  • Mengandung (lebihan berat badan semasa mengandung) 
  • Mempunyai masalah kulit seperti ekzema, psiriosis atau masalah kulit yang lain

Sebelum tumit kaki lebih teruk merekah dan sakit apabila berjalan, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan rekahan tumit supaya menjadi licin seperti sediakala. YAng penting, kita kena rajin untuk ikuti tips ni supaya masalah rekahan tumit ni tidak mengambil masa yang lama untuk pulih.

TIPS MENGELAKKAN TUMIT KAKI MEREKAH



Antara tips yang anda boleh ikut untuk mengelakkan tumit kaki merekah adalah :

  • Minum air secukupnya supaya tidak dehidrasi hingga menyebabkan kekeringan kulit
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

TIPS MUDAH UNTUK MENGATASI DAN MERAWAT TUMIT MEREKAH SUPAYA TAK SAKIT SEMASA BERJALAN


  • Rendam kaki dalam air suam yang mengandungi campuran gula perang, jus lemon, madu dan minyak zaitun. Rendam kaki selama 20 minit sambil skrub tumit yang merekah dengan perlahan lahan.
  • Sapu minyak zaitun pada tumit merekah sebelum tidur
  • Lenyek beberapa butir nasi yang masih suam pada tumit atau bahagian kaki yang merekah. Buat setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok tumit merekah dengan batu sungai atau  permukaan yang kasar sebab ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan tumit yang kering tu.
  • Rendamkan kaki selama 30 minit didalam air suam. Masukkan beberapa asam keping dan perahan limau nipis sekali. Keringkan kaki anda dan ulang setiap hari sehingga rekahan pada tumit hilang.
  • Sapukan minyak kelapa pada tumit merekah sebelum tidur 
  • PAkai stoking jenis cotton untuk melindungi kaki dari kekeringan
  • Sapukan gel aloe vera atau lidah buaya setiap hari pada tumit yang merekah
  • Rendam kaki yang bermasalah di dalam capuran susu dan sedikit air. Gosok kawasan tumit merekah dengan pumice stone hingga tumit yang kasar tu kelihatan sedikit halus. 

Disebabkan keadaan tumit merekah dan kering juga disebabkan oleh diet yang kurang seimbang, anda digalakkan untuk melebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin E, Vitamin D, Kalsium, Iron, Zinc dan Omega 3 untuk membantu menyembuhkan masalah tumit merekah ni.


Pengambilan air yang secukupnya juga mampu membantu kulit lebih terhidrat dan dapat mengatasi masalah kulit kering hingga boleh merekah.

PENJAGAAN ASAS UNTUK TUMIT KERING DAN MEREKAH DENGAN VITAMIN SHAKLEE


Selain dari tips di atas, Shaklee juga ada beberapa produk untuk membantu anda yang mengalami masalah kulit kering dan tumit merekah.

Antara produk yang sesuai untuk mengatasi tumit merekah adalah Krim Herbal Blend, ESP, Vitamin E dan Ostematrix.
 
www.bysyiraishak.blogspot.com

Untuk kegunaan luaran, Krim Herbal Blend memang bagus untuk disapu pada tumit merekah sebelum tidur. Pakai stoking dan sapu Krim Herbal Blend  setiap hari. Di samping tu, skrub bahagian tumit kaki yang merekah dengan foot skrub hingga dapat hasil yang memuaskan.

Paling bagus jika anda mengamalkan penjagaan kaki yang betul seperti tips di atas, serta vitamin Shaklee untuk bahagian dalaman kulit.

Rawat masalah tumit merekah secepat mungkin sebelum masalah tersebut menjadi teruk hingga anda sukar dan sakit utnuk berjalan dan memakai kasut.

-------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :



 ----------------------------------------------------------






 Sumber/Rujukan :

 http://www.mingguanwanita.my/cara-berkesan-atasi-tumit-pecah-1.162462
 http://www.nona.my/cantik/nota-cantik/rawat-tumit-kaki-merekah-1.157857
 https://www.quora.com/Feet-What-causes-heels-to-get-calloused-dry-and-crack
 http://www.thefitindian.com/4-best-home-made-scrubs-to-get-rid-of-cracked-heels/

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::