9 MAKANAN YANG MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI CEPAT SEMBUH DAN PLATLET DARAH MENJADI NORMAL TANPA UBAT

4:19 PM


19 tahun lepas, Ashraf dapat merasakan badannya mula sakit sakit dan rasa lemah. Secara tiba tiba, badan dia mula terasa panas hinggalah demam pada malam hari.Keesokkan hari, Ashraf tidak dapat membuka mata akibat suhu badannya yang agak panas. Ashraf mengalami demam panas selama beberapa hari hingga langsung tidak kebah walaupun dah mengambil ubat ubatan yang diberikan doktor.

Kenapa dengan ashraf ni?

Apabila anda mengalami demam berpanjangan seperti Ashraf, jangan ambil ringan tau. Cuba buat pemeriksaan darah di klinik atau hospital terdekat untuk mengetahui status anda samada menghidap denggi atau sebaliknya.

Hal ini juga terjadi pada saya dan 2 orang adik kira kira 2 tahun lepas. Kami terpaksa buat pemeriksaan darah setiap hari kerana suhu badan kami yang tidak kebah. Kata doktor, kami mungkin dikategorikan sebagai suspek denggi. Bayangkan la, area rumah kami sentiasa dipantau oleh pegawai kesihatan yang datang buat semburan denggi.

Seram bila terpaksa tadah lengan untuk check kondisi darah samada berjangkit atau sebaliknya. Kalau lengan lebam, itu perkara biasa semasa buat pemeriksaan darah. huhuu.. Tapi, alhamdulillah darah kami bersih dari virus denggi.

www.bysyiraishak.blogspot.com

Demam denggi ni terjadi apabila virus denggi dibawa oleh nyamuk aedes pada manusia melalui gigitan. Demam akibat denggi memang sangat bahaya tau kerana belum ada vaksin ataupun ubat yang dapat merawat demam denggi sehingga kini. Kiranya, sesiapa yang menghidap demam denggi ni boleh membawa kepada kematian.

Nak kenal nyamuk Aedes ni senang je. Kat badan dan kaki nyamuk Aedes ada belang hitam putih yang berbeza dengan nyamuk biasa. Biasanya nyamuk Aedes akan menggigit mangsanya pada wal pagi dan waktu senja.

credit:Google
Lagi satu, nyamuk Aedes membiak dalam takungan air jernih tak kiralah di dalam atau luar rumah. Dalam takungan air inilah, kitaran hidup nyamuk Aedes akan bermula dari telur hinggalah menjadi dewasa. At least seminggu je, nyamuk Aedes dewasa akan mula menghantui anda!


BAGAIMANA SAYA BOLEH DISERANG DEMAM DENGGI SEDANGKAN SAYA MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN RUMAH?

Sesiapa sahaja boleh menghidap demam denggi tau. Contohnya, jika nyamuk aedes tersebut memindahkan virus denggi kepada anda, kemungkinan untuk anda menghidap demam denggi sangat besar. Tak kiralah di mana je anda berada, kalau nyamuk tersebut ada merata rata dan pindahkan virus denggi, anda tetap akan dapat demam denggi.

Virus denggi boleh dipindahkan dari individu lain kepada sesiapa sahaja dalam masa 8 hingga 12 hari. Dari sinilah anda boleh detect di mana anda berada dalam tempoh seminggu sebelum anda menhidap denggi mahupun mempunyai simptom demam denggi.

TANDA TANDA DEMAM DENGGI

Jika anda berasa demam yang berpanjangan, adakah anda mendapat simptom seperti di bawah ni?


Credit : Google
  • Demam kuat yang mengejut
  • Sakit kepala yang teruk
  • Ruam merah pada kulit
  • Sakit di belakang mata, otot dan sendi
  • Muka kemerahan
  • Kurang selesa di bahagian ulu hati
  • Terasa sensitif di bahagian rusuk kanan
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Pendarahan bawah kulit, hidung dan gusi
  • Hilang selera makan
  • Muntah dan sakit perut


CARA MERAWAT DEMAM DENGGI

Setakat ni, belum ada lagi rawatan untuk merawat demam denggi daripada kebah. Cuma, pihak hospital akan cuba memberikan rawatan dalam mengurangkan suhu badan pesakit dan mengelakkan pesakit dari menghidap  demam denggi berdarah.

Demam denggi ni mampu membuatkan kuantiti platlet dalam badan mula menurun dari tahap yang normal. Ia sangat merbahaya terutamanya pada kanak kanak kerana imun badan mereka yang lemah dalam menghadapi serangan denggi. Boleh bawa kepada kematian tau especially demam denggi berdarah ataupun demam denggi kali ke-2!

Selain dari ubat ubatan yang mampu mengurangkan gejala demam denggi, pesakit demam denggi boleh sembuh dengan cepat jika dapat berehat dengan cukup dan mengamalkan pemakanan seimbang. PAling penting adalah menaikkan paras platlet supaya menjadi normal kembali. 

Oleh itu, terdapat beberapa makanan yang sesuai untuk menaikkan paras platlet pesakit demam denggi dan mengurangkan simptom denggi dari menjadi lebih teruk lagi.

9 MAKANAN YANG MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI CEPAT SEMBUH DAN PLATLET DARAH MENJADI NORMAL




  • Buah betik

Betik kaya dengan Vitamin C yang berfungsi untuk meningkatkan platlet dalam darah. Air rebusan daun betik juga memag terkenal dalam mengurangkan simptom virus denggi di samping meningkatkan platlet dalam darah menjadi normal. Pesakit denggi boleh mengambil air rebusan daun betik sebnayak 2 kali dalam sehari sebagai tempoh percubaan.

  •  Minum air halia suam

Pesakit denggi memang diwajibkan untuk minum air dengan banyak bagi mengeluarkan virus dari dalam darah. Air halia suam dikatakan dapat dijadikan sebagai pemanas badan dan mengurangkan rasa loya yang dihidapi oleh pesakit denggi.
 

  • Air Kelapa

KAndungan elektrolit dan mineral dalam air kelapa sangat elok diminum untuk menggantikan kehilangan ion dalam badan.

  • Jus oren/lemon yang kaya dengan Vitamin C

Jus oren kaya dengan antioksidan dan sesuai untuk mengurangkan gejala demam denggi dan menghapuskan virus. Jus oren juga menguatkan antibodi badan, meningkatkan pengeluaran air kecil untuk mengeluarkan toksin dan merangsang pembaikan selular kerana Vitamin C ni diperlukan dalam pembinaa kolagen pada tubuh.


  • Teh herba atau teh hijau

Individu yang diserang denggi digalakkan untuk minum teh herba panas untuk membantu dalam melawan virus denggi. Selain itu, teh hijau juga dapat membantu dalam menghadapi serangan denggi kerana ia kaya dengan antioksidan.



  • Labu

LAbu juga sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit demam denggi yang menhadapi masalah platlet rendah dalam darah. IA kaya dengan Vitamin A dan C yang bagus untuk meningkatkan sistem imun badan pesakit denggi.

  • Tingkatkan pengambilan Vitamin C

Apa sahaja buah dan sayur yang kaya dengan Vitamin C seperti kiwi, oren dan bayam patut diambil supaya dapat menjaga kesihatan sel badan agar tidak rosak akibat serangan radikal bebas atau virus.

Tambahan pula, ia membantu pesakit yang mempunyai platlet yang rendah dalam darah untuk kembali menjadi normal. Selain itu, makanan yang kaya dengan Vitamin C juga membantu pengeluaran limfosit di samping menguatkan sistem imun badan.

  • Daun Basil

Daun basil dikenali sebagai penggalak imunisasi terutamanya dalam merawat demam denggi. Perubatan Ayurveda menjadikan daun basil ni sebagai rawatan utama dalam merawat denggi kerana ia mempunyai ciri dan bau yang kurang menarik perhatian serangga seperti nyamuk.

  •  Pisang

Pisang boleh diambil untuk membekalkan tenaga segera kepada pesakit denggi kerana ia kaya dengan Vitamin B dan potasium.


Di samping mengambil ubat, drip, dan mencuba cara tradisional, pesakit denggi juga boleh mencuba cara moden dengan mengamalkan produk Shaklee yang membantu meningkatkan tenaga, mengekalkan bendalir dalam badan dan menambahkan platlet dalam darah supaya menjadi normal.


NAK RAWAT DEMAM DENGGI TANPA UBAT?

Ikuti tips pemakanan dari Nutritionist Shaklee dan Produk Shaklee yang sesuai dalam meningkatkan bendalir dalam badan dan menguatkan imunisasi badan.



Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu...


www.bysyiraishak.blogspot.com






--------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :

www.bysyiraishak.blogspot.com


--------------------------------------------------------






Sumber/Rujukan :

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/19937-demam-denggi--jangan-ambil-mudah.html
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/mediadenggi.php
http://www.pku.upm.edu.my/sp/page/3893/denggi%20(sp/page/3893/dengue)
http://www.searchhomeremedy.com/10-top-healthy-diet-tips-for-dengue-patients/
https://www.organicfacts.net/home-remedies/dengue-fever.html
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/expert-recommended-diet-tips-to-fight-dengue-t915/
http://www.healthizen.com/diet-nutrition/home-remedies-for-dengue.aspx
http://www.articlesofhealthcare.com/1511/dengue-fever-eat-only-these-foods.html
http://www.articlesofhealthcare.com/10714/4-foods-that-can-increase-platelets-when-exposed-to-dengue-fever.html









You Might Also Like

1 Pengomen

  1. Sekarang ni, bukan setakat denggi je yang dihakimi. Muncul wabak yg kecoh skrg, measles, difteria, batuk kokol. Ya Allah, skrg demam pun kena cepat-cepat bawak klinik walaupun sambil tu boleh buat mcm suggested di atas. Naudzubillah min zalik, semoga anak-anak terhindar drpd wabak2 ini.

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::