9 PERKARA WAJIB BUAT SEBELUM DAPAT KANSER USUS, CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!

11:29 AM


Sejauhmana kita sedar tentang kanser usus ni?

Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007, kanser usus adalah kanser yang kedua tertinggi di Malaysia selepas kanser payudara. Semakin ramai yang mendapat penyakit ini terutama golongan yang lebih muda kerana faktor gaya hidup yang tidak sihat termasuklah masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok, pemakanan yang tidak sihat.



Kebanyakan kes kanser usus ni dikesan agak lewat dan sukar untuk dirawat. Tapi, kalau kita dah mengesan kanser ni sejak awal, ia boleh dirawat melalui pembedahan serta kemoterapi. Kanser yang disedari agak lewat akan memberi kesan kepada organ lain kerana sifat sel kanser tu dah mudah merebak.

Oleh itu, pencegahan awal memang penting supaya kita dapat mencegah risiko kanser usus ni.Hal ini kerana gejala kanser snagat sukar dikesan melainkan anda selalu membuat pemeriksaan kesihatan dan menjaga pemakanan serta gaya hidup.


9 CARA MUDAH SUPAYA TAK TERKENA KANSER USUS TANPA PERLU DIET YANG KETAT


Sebenarnya tiada cara yang mudah untuk mencegah kanser usus ni. Tapi, ada beberapa cara yang mungkin boleh mengurangkan risiko kanser usus ni pada anda.

  •  Buat pemeriksaan kanser usus
Pemeriksaan kesihatan secara berkala memang membantu untuk mengelakkan kanser usus ni. HAl ini kerana sel sel kanser yang tidak normal akan mula berkembang di dalam polip. Polip ni adalah ketumbuhan yang mungkin akan menjadi kanser pada masa depan. Ia akan mengambil masa kira kira 10-15 tahun untuk berkembang menjadi kanser usus.


Jadi, jika pemeriksaan kesihatan dibuat, sebahagian polip tu boleh di buang melalui alat yang dimasukkan ke dalam dubur sebelum ia merebak menjadi kanser.

Jika anda memang ada sejarah keluarga yang mempunyai kanser usus, cepat cepat buat saringan kesihatan sejak awal lagi. Lagi mudah sebenarnya sebab anda boleh melakukan pencegahan dari awal dengan berbincang bersama doktor mengenai risiko anda terkena kanser usus ni.

  •  Mengamalkan pemakanan seimbang
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian dan makanan berserat tinggi seperti oat, beras perang. Sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis dan taugeh sangat baik dimakan selalu untuk mencegah kanser usus.

  •  Amalkan Asid Folik
Ambil makanan mengandungi asid folik yang tinggi, termasuk sayur-sayuran hijau seperti kangkung dan bayam sangat baik untuk mencegah kanser usus. Buah-buahan limau citrus seperti limau nipis, lemon, oren dan limau bali juga kaya dengan asid folik.

PAling bagus adalah mengamalkan Vitamin B Complex Shaklee yang mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuk Asid Folik.

  •  Amalkan pemakanan yang kaya kalsium dan Vitamin D
Ambil makanan yang tinggi kalsium dan vitamin D yang secukupnya. Makanan yang tinggi kalsium seperti susu, keju, dadih, ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis dan sayur-sayuran berdaun hijau. 

Sumber vitamin D dari makanan adalah dari ikan salmon, ikan sardin, kuning telur dan yang paling utama adalah dari cahaya matahari pagi. Kita perlu mendedahkan kulit pada cahaya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang secukupnya yang dihasilkan oleh kulit kita apabila terdedah dengan cahaya matahari pagi. Pengambilan suplemen vitamin D juga boleh diamalkan.

Ataupun anda boleh ambil Ostematrix Shaklee yang sememangnya mengandungi kalsium dan Vitamin D di dalamnya.


  • Amalkan makanan yang kaya dengan Omega 3
Makan lebih banyak ikan yang kaya dengan omega 3 didapati boleh mengurangkan risiko kanser usus. Disamping itu, makanan yang kaya dengan probiotik seperti dadih (yogurt), minuman susu kultur, makanan yang diperam seperti budu, cencalok, belacan juga membantu mencegah kanser usus.

  •  Makan lebih banyak serat atau fiber

MAkan makanan yang tinggi serat mampu mengurangkan risiko kanser usus. Sekurang kurangnya pemgambilan 10 gram serat setiap hari seperti kekacang dikatakan mampu untuk mengurangkan kanser usus sebanyak 10%.

Contohnya, anda kena pastikan pengambilan serat sebannyak 2/3 sajian terdiri daripada sayur sayuran, buah buahan, dan kekacang. Manakala 1/3 sajian pula hanya protein haiwan seperti ayam atau daging tanpa lemak.



  •  Ambil bawang putih
Ada kajian mengatakan diet yang diambil bersama bawang putih dapat mengurangkan risiko kanser usus. Anda boleh tambahkan bawang putih dalam masakan, atau makan bawang putih secara mentah mahupun mengambil Garlic Complex Shaklee :)

  •  Elakkan makanan proses dan daging merah
Elakkan makan makanan proses yang tinggi dengan gula, tepung gandum, pengawet, pewarna, perasa yang tinggi bahan kimia proses. Terutamanya makanan fast food, makanan manis seprti kek, manisan dan sebagainya.

Makanan proses mengganggu keasidan dalam usus yang menyebabkan bakteria baik dalam usus tidak berkembang dengan baik. Gangguan ketidakseimbangan bakteria dalam usus akan meningkatkan risiko mendapat kanser usus.

  •  Kerap melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, bermain basikal, melakukan kerja rumah dan sebagainya.
Aktiviti fizikal yang konsisten membantu untuk mengurangkan lemak badan berlebihan  yang dikaitkan dengan kanser usus. Alaa, buat tekan tubi secara konsisten pun sangat membantu tau asalkan anda bergerak aktif.




Bagaimana Vivix Membantu Mencegah Kanser?


Resveratrol adalah bahan utama di dalam sebotol Vivix. Ianya adalah bahan yang didapati dari tumbuh-tumbuhan seperti anggur merah, sebagai pertahanan diri dari terkena penyakit. Kajian telah dilakukan dan ianya bertindak sebagai antioksidan dan anti radang. Paling best, Vivix ni mebantu membina balik sel sel kanser seperti kanser usus yang telah rosak.
Sel-sel rosak yang telah dibetulkan ini akan kembali kepada proses semulajadi untuk mati yang digelar proses apoptosis Proses ini menyebabkan sel kanser semakin berkurang dan akhirnya terbantut.
 
Terdapat kajian dari Universiti Missouri pada tahun 2013 menemui bahawa kombinasi resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi mampu membunuh lebih banyak sel kanser berbanding terapi sahaja.

www.bysyiraishak.blogspot.com
Lagi bagus kalau amalkan Vivix sejak mula lagi. KAlau anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser usus ataupun apa sahaja kanser, amalkan Vivix supaya penularan sel kanser tu terbantut.
Ataupun sejak anda mula tahu usus anda mengandungi polips iaitu ketumbuhan yang mampu menyebabkan kanser, cepat cepat minum Vivix supaya ia dapat menghentikan ciri ciri kimia penyebab kanser.

Salah satu kandungan Vivix adalah anggur muscadine yang mengandungi asid ellagik. Asid ellagik ni pekat dan merupakakan phytonutrient yang memang tidak ada pada anggur lain. Lagi best, disebabkan asid ellagik jugakla ia mampu menunjukkan ciri ciri dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser tau.

Mencegah lebih baik dari mengubati!







-----------------------------------------------------------




Rujukan/Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/12905
http://www.mmgazette.com/memahami-barah-usus-dr-ruhi-fadzlyana/
http://www.myhealth.gov.my/kanser-usus-a-dubur/
http://www.ukm.my/news/Latest_News/malaysia-hadapi-risiko-tinggi-barah-usus-berbanding-negara-asean-lain/
http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
http://www.imedik.org/kanser-usus-besar/
http://www.farmashealth.com.my/Apricon_kanser_usus.html
http://drzubaidi.com/blog/tag/kanser-usus/
http://www.drhasbi.com/2014/02/najis-berdarah-tanda-kanser-usus.html

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::