ANTARA GAYA HIDUP DAN PEMAKANAN, YANG MANA SATU MAMPU MEMBUNUH ANDA SECARA DIAM DIAM?

4:42 PM


Tekanan darah tinggi adakalanya digelar 'silent killer' atau pembunuh senyap kerana kebanyakan kes tidak menunjukkan sebarang tanda yang nyata. Ramai yang tidak tahu mereka menghidap darah tinggi kecuali selepas melakukan pemeriksaan darah.
Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30% daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap darah tinggi terdiri daripada kaum Melayu.

Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu penyakit 3 serangkai selain kencing manis dan masalah jantung.

Jika tekanan darah tinggi ini tidak dikawal, ia akan membawa kepada komplikasi seperti : 

● strok
● penyakit jantung
● kerosakan buah pinggang
● Kerosakan mata
● Alzheimer


Credit : Google

Ramai yang kurang sedar bahawa faktor pemakanan menjadi salah satu punca kepada hipertensi atau tekanan darah tinggi terjadi.

Pemakanan yang kurang seimbang dan sihat adalah punca utama penyakit hipentensi terjadi. Sebagai contoh, pengambilan garam yang berlebihan akan melambatkan sistem pengaliran darah dalam tubuh badan dan mengganggu perkumuhan urin pada buah pinggang.
Kandungan garam yang berlebihan dan tersembunyi yang terdapat dalam makanan memang sangat membahayakan kesihatan jika tidak dikawal. Contohnya ikan bilis, udang kering, sardin, kicap, ajinomoto, dan roti.

Selain itu, gaya hidup yang kurang aktif memburukkan lagi keadaan pesakit darah tinggi. Contohnya, senaman ringan dan aktiviti fizikal yang sihat mampu mencergaskan anda samada dari segi dalaman mahupun luaran.
Credit : Google

Selain faktor di atas, hipertensi atau tekanan darah tinggi juga boleh dipengaruhi oleh faktor umur, genetik dan jantina.


Pencegahan dari hipertensi atau tekanan darah tinggi sangat penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih serius.
Kajian mendapati pemakanan seimbang dengan kandungan nutrien terutamanya potassium melebihi 4000 mg sehari boleh merendahkan  tekanan darah tinggi.

Selain itu, pengambilan 5 cawan sayur sayuran dan buah buahan, 3 cawan produk tenusu rendah lemak dan mengurangkan garam sebanyak 1500mg sehari mampu merendahkan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Ada satu tips mengenai pengambilan garam atau natrium dalam diet harian. Cuba hadkan pengambilan garam terutamanya dalam makanan yang sudah diproses. Dan jika boleh, hadkan 1 sudu teh garam dalam sehari kerana ia mempunyai 2,300 mg natrium. 

LAgi bagus jika anda mengehadkan pengambilan natrium kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang dari itu terutamanya kepada individu berumur 50 tahun ke atas dan sesiapa sahaja yang disahkan menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang kronik

Credit : Google

Makan diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu rendah lemak sememangnya boleh menurunkan tekanan darah anda sehingga 14 mm Hg.Antara pelan pemakanan yang boleh diikuti untuk diet sebegini adalah DASH diet yang khas untuk pesakit hipertensi.

Credit : Google


Lagi satu, kurangkan pengambilan kafein dalam sehari. Kafein dikatakan boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg kepada individu yang jarang meminum kafein. Walaupun begitu, anda tetap boleh memeriksa tekanan darah dalam masa 3o minit selepas minum bagi mengetahu tekanan darah anda. JIka tekanan darah anda meningkat 5-10 mm Hg, anda mungkin sensitif kepada pengambilan kafein.

CARA ALTERNATIF UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI


Selain daripada menjaga pemakanan dan gaya hidup, ada cara alternatif untuk mencegah dan mengawal hipertensi atau tekanan darah tinggi melalui Tonik Merah Yang Sedap ni.


www.bysyiraishak.blogspot.com


Sememangnya pemakanan dan gaya hidup yang aktif dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan simptom penyakit 3 serangkai. Jika anda berjaga jaga dengan apa yang anda makan, penyakit darah tinggi boleh dielakkan sejak dari awal lagi. Begitu juga dengan gaya hidup yang aktif. Jika anda aktif melakukan aktiviti fizikal secara konsisten, anda boleh mengawal bacaan tekanan darah sendiri senormal mungkin.

 

Sumber :

[1] http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
[2] http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/618-bagaimana-tekanan-darah-diukur.html
[3] http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
[4] http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974?pg=2 




www.bysyiraishak.blogspot.com

You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::