PUNCA DAN GEJALA KANSER SERVIK ATAU KANSER PANGKAL RAHIM YANG SANGAT BAHAYA KALAU TERLAMBAT TAHU

5:19 PM

Hi, selamat berhujung minggu!

Hari ni macam nak share tentang kanser dalam kalangan wanita. 

Kebetulan, baru baru ini pada 4 Februari 2016 merupakan Hari Kanser Sedunia yang diadakan untuk tujuan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai beban kanser yang boleh dibendung. Itu yang saya nak share tentang kanser ni pada entry kali ni..


PENGENALAN KEPADA KANSER


Di Malaysia, kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di hospital hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga di hospital swasta di seluruh negara.

Pada 2014, 13.02 peratus kematian direkodkan di hospital KKM manakala 25.53 peratus direkodkan di hospital swasta adalah disebabkan penyakit kanser.[1]

Selain daripada kanser payudara, kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua tertinggi yang dihidapi oleh wanita Malaysia. Dalam laporan WHO pada 2007, seramai 700 wanita di Malaysia meninggal dunia akibat kanser serviks setiap tahun.

Apa sahaja jenis kanser boleh dicegah awal sekiranya langkah pencegahan awal dilakukan secepat mungkin.


PUNCA DAN GEJALA KANSER SERVIK ATAU KANSER RAHIM YANG SANGAT BAHAYA KALAU TERLAMBAT MENCEGAHNYA


APA ITU KANSER SERVIKS ATAU KANSER PANGKAL RAHIM?

Kanser serviks bermula dengan sel-sel pada permukaan servik. Ia berlaku apabila sel sel tersebut mula membesar dengan tidak terkawal hingga menyebabkan sel tersebut merebak ke tisu servik. Dari sinilah, sel sel abnormal tu akan mula merebak ke bahagian lain seperti faraj , rahim atau usus.


credit : Google


Kanser ni mengambil masa dalam lingkungan 10 tahun untuk terjadi disebabkan ada perubahan abnormal pada kawasan servik. Ia lagi mudah dikesan dengan ujian Pap Smear tauu..


PUNCA KANSER SERVIKS ATAU KANSER PANGKAL RAHIM


Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi kanser servik atau kanser pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. 
Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat kanser servik atau kanser pangkal rahim [2]:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) – faktor risiko utama mendapat kanser servik atau kanser pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat kanser servik atau kanser pangkal rahim.
  • Herpes – wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat kanser servik atau kanser pangkal rahim
  • Ubatan – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat kanser servik atau kanser pangkal rahim
  • Merokok – meningkatkan risiko kanser servik atau kanser pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

GEJALA ATAU SIMPTOM KANSER SERVIKS ATAU KANSER PANGKAL RAHIM

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom pada peringkat awal serangan sehinggalah kanser ni merebak ke bahagian lain.

Antara gejala atau simptom kanser serviks atau kanser pangkal rahim :

● Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh haid kering atau selepas haid

● Pendarahan selepas putus haid

● Pendarahan haid berpanjangan dan banyak dari biasa

● Sakit semasa melakukan hubungan seksual

● Penambahan lelehan dari faraj


LANGKAH PENCEGAHAN KANSER SERVIKS ATAU KANSER PANGKAL RAHIM

Kesedaran mengenai kanser serviks atau kanser pangkal rahim perlulah dimulakan sejak awal lagi. Ia tidak membawa kepada malapetaka jika langkah awal pencegahan seperti menjalani ujian Pap Smear dilakukan.

Ujian pap smear ni merupakan prosedur biasa untuk mengesan perubahan sel luar biasa dalam serviks atau pangkal rahim sebelum kanser terbentuk.

Manakala jika sudah menghidap kanser serviks atau kanser pangkal rahim, rawatan pada kanser ini bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan kanser, tahap jangkitan dan tahap kesihatan wanita. Rawatan utama bagi kanser jenis ini adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

CARA ALTERNATIF UNTUK MENCEGAH SEL KANSER SERVIKS ATAU KANSER RAHIM TERUS MEREBAK

Nak alternatif lain selain daripada ubat ubatan? Hanya dengan mencuba tonik merah sejak awal kanser, insyallah sel sel kanser tu akan terbantut untuk merebak ke dalam sel sel lain.

Kenapa? Kerana Tonik merah ni kaya dengan kandungan Resveratrol dan ellagic acid yang boleh membantu merencatkan perkembangan sel kanser.











             -------------------------------------------------

Sumber :
[1] http://www.sinarharian.com.my/wawancara/satu-pertiga-kanser-boleh-dirawat-jika-dikesan-awal-1.482063

[2] http://www.myhealth.gov.my/kanser-pangkal-rahim/

             -------------------------------------------------
Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke :



You Might Also Like

4 Pengomen

  1. assalamualaikum...sy nk tau harga utk product di ats...

    ReplyDelete
  2. Salam. Mohon keterangan lanjut mengenai Wiwix. TQ

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...sy nk tau harga utk product di ats...

    ReplyDelete
  4. Bole Saya tahu berapa harga untuk produk vivid ni?

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::