FIBROID PENYEBAB UTAMA WANITA MANDUL?

3:28 PM

Selalu dari kita keliru antara fibroid dan cyst. Dan kedua-duanya sangat bahaya pada kesihatan wanita terutamanya jika ingin hamil. Adakah benar penyataan ini? Dan apa bezanya fibroid dengan cyst?



www.bysyiraishak.blogspot.com

APA ITU FIBROID?


Fibroid merupakan sejenis ketumbuhan yang tidak malignant atau cancerous ( bukan penyakit yang boleh menyebabkan kanser) . Fibroid ni tumbuh pada sebahagian lapisan otot rahim dan turut dikenali sebagai myoma.
Ia sering terjadi kepada wanita yang berusia sekita 30 hingga 50 tahun dan ada juga kes yang terjadi pada wanita 20 an.

PUNCA FIBROID


Punca sebenar fibroid masih tidak diketahui. Saya ada juga baca dalam beberapa website mengenai fibroid, belum ada lagi fakta yang menjumpai punca fibroid ni terjadi.
Tetapi, ada juga kemungkinan fibroid ni terjadi kesan daripada rangsangan hormon seperti enstrogen yang menyebabkan sel otot rahim berkembang menjadi fibroid. Selain itu, faktor genetik juga dikatakan antara penyumbang kepada pembentukan fibroid.

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT FIBROID


● Obesiti
● Wanita yang tidak atau belum memiliki anak
● Pesakit diabetes
● Pesakit hipertensi
● Wanita yang ada PCOS ( Sindrom Polisistik @ Polycystic Ovarian Syndrome)

GEJALA FIBROID


Gejala fibroid bergantung kepada  lokasi pertumbuhan  fibroid, saiz dan bilangan fibroid yang ada dalam rahim wanita.

Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa mereka sedang mempunyai fibroid  kerana gejala fibroid tidak begitu ketara pada permulaan.

Tetapi, antara gejala fibroid yang mungkin anda boleh kenalpasti adalah :

● pendarahan haid yang agak banyak dan berpanjangan, cepat cepat untuk berjumpa doktor kerana mungkin ia salah satu dari gejala fibroid yang makin membesar.
● mengalami rasa sakit  di bahagian ari-ari atau pinggang ketika haid.
● hubungan  seksual boleh terganggu
● kerap, sukar dan sakit ketika buang air kecil
● sembelit jika fibroid membesar ke arah rektum

KEPERLUAN UNTUK MERAWAT FIBROID


Terdapat beberapa rawatan untuk membuang dan mengecutkan fibroid, antaranya melalui ubat penahan sakit, rawatan secara suntikan dan pembedahan membuang fibroid.

Tetapi, ada beberapa keadaan sahaja yang patut anda ketahui bila waktu yang sepatutnya fibroid ni perlu dirawat, iaitu :

● Menghadapi masalah kesuburan
● Gangguan kitaran haid yang teruk
● Anemia atau HB low
● Saiz fibroid yang terlalu besar atau membesar dalam masa yang cepat
● Sakit yang berpanjangan dan gagal dirawat melalui ubat yang diberikan
● Mempunyai risiko kanser

CARA MENCEGAH FIBROID


Berlainan dengan cyst yang sememangnya ada dalam ovari wanita, fibroid pula terjadi akibat punca yang masih belum dikenalpasti.

Jadi, tiada cara yang spesifik untuk mencegah fibroid daripada terjadi. Yang pasti, anda digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat  dan mendapatkan pemeriksaan secara berkala dari klinik mahupun hospital.

Pemakanan yang sihat juga sangat digalakkan untuk diambil. Anda disarankan untuk mengurangkan makanan yang tinggi kandungan gula, berminyak dan berlemak agar tidak meningkatkan penghasilan hormon estrogen yang boleh mempercepatkan proses pembesaran fibroid.

Selain itu, makanan yang tinggi antioksida sangat bagus untuk menghalang radikal bebas yang mampu memusnahkan sel sel dalam sistem badan.

JADI, ADAKAH FIBROID PUNCA UTAMA KEMANDULAN DAN SUSAH UNTUK HAMIL?


Sebenarnya fibroid bukanlah penyebab utama kemandulan tetapi saiz fibroid yang besar atau banyak boleh mengganggu kesuburan wanita yang ingin hamil.

Jika wanita sedang hamil, mereka sangat terdedah dengan risiko keguguran atau bersalin anak pramatang. Yang merunsingkan adalah, ibu mungkin tidak dapat bersalin secara normal kerana fibroid yang membesar di laluan servik menyukarkan proses bersalin.
Tetapi ada juga kes ibu dapat bersalin secara normal tanpa caesarean walaupun mempunyai fibroid.

Walaupun begitu, pastikan anda mendapat pemeriksaan doktor jika anda mendapati ada beberapa gejala fibroid yang mungkin boleh terjadi. Yang boleh saya sarankan adalah anda haruslah menjaga pemakanan dan ambil makanan yang kaya antioksidan untuk menghalang penyakit seperti fibroid dari membesar.


www.bysyiraishak.blogspot.com
Vivix mengandungi Resveratrol yang kaya antioksidan


www.bysyiraishak.blogspot.com
Fibroid mengecut dari 7 cm ke 3 cm dengan hanya iktiar dengan Vivix


--------------------------------------------------------

Sumber :

http://www.nhs.uk/Conditions/fibroids/Pages/Introduction.aspx
http://www.healthline.com/health/uterine-fibroids
http://obgyn.ucla.edu/body.cfm?id=302
Rapi Februari 2014

---------------------------------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi, sila hubungi :

www.bysyiraishak.blogspot.com


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::