6 PERKARA YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT TERUK. KATAKAN TIDAK!

6:51 PM

Kulit muka yang berminyak memang senang nak ditumbuhi jerawat. Tapi tak semua muka berminyak tu akan dapat jerawat. Bergantung juga kepada kebersihan kulit muka.

Suatu ketika dulu saya pun ada masalah jerawat yang agak teruk dan kemerah merahan. Cuma, masa tu belum pandai lagi nak menjaga kulit supaya tak ditumbuhi jerawat degil.

Tetapi pada zaman IT sekarang, pelbagai tips mudah boleh didapati untuk mengatasi masalah jerawat supaya tak rasa rendah diri.

Bagaimana jerawat ni muncul?

Jerawat akan muncul apabila pengeluaran minyak di kulit muka menggalakkan bakteria dan sel kulit mati hingga menyumbatkan liang roma kat kulit muka. So, kalau nak hilangkan masalah jerawat ni, memang kena ikut petua tertentu supaya kita dapat mengawal pengeluaran minyak di muka dan pertumbuhan jerawat.

Jom katakan tidak pada 6 perkara ni! 

www.bysyiraishak.blogspot.com


6 PETUA UNTUK ELAK KULIT MUKA BERMINYAK DAN BERJERAWAT TERUK.


  • Membersihkan muka terlalu kerap
Elak untuk membersihkan muka dengan kerap. Cuci muka dua kali sehari pun dah cukup iaitu pada pagi dan sebelum tidur. Cuma, kalau rasa muka terlalu berminyak, anda boleh menggunakan wet tissue untuk membersihkan kotoran di muka.

 
Credit : Google



Membersihkan muka dengan kerap sebenarnya boleh menyebabkan muka semakin berminyak dan makin berjerawat tau.. Melainkan anda mampu mengawal pengeluaran minyak di muka , jadi isu membasuh muka dengan kerap tak menjadi isu yang besar.

MAcam saya sendiri yang sememangnya mempunyai kulit berminyak ni, kerap juga membersihkan muka. Asal muka rasa berminyak dan tak selesa je, saya terus basuh muka. Cuma, pembersih muka tu haruslah sesuai dengan keadaan kulit kita yang berminyak la. Alhamdulillah, sekarang saya tiada isu muka terlalu berminyak.

  • Menyental kulit dengan lulur dan skrub terlalu kerap
Menggunakan lulur dan skrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk akibat keradangan kulit. Kalau nak melulur atau menyental wajah, sepatutnya hanya 1-2 kali seminggu je. Dan, paling penting lulur atau skrub tersebut perlu mempunyai struktur yang halus. 
 
Credit : Google



Apa kata anda buat sendiri lulur atau skrub sendiri? Lebih mudah dan jimat. Guna oatmel yang dikisar, madu dan olive oil sebagai lulur atau skrub muka.

  • Tidak membersihkan peluh 
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan kulit muka berpeluh-peluh. Jadi, cepat cepat lap muka dengan tisu dan guna wet tissue untuk membersihkan wajah yang melekit tu.

  • Picit jerawat
Normal kalau kita rasa macam nak picit pict je jerawat kalau tumbuh di muka. Nak tengok cermin pun rasa geram je. Betul kan? haha

Masalahnya, bila anda dok picit picit jerawat tu dengan kuku, kuman akan mula merebak dan makin bertambahlah jerawat kat kulit muka. Lagi mengharukan bila banyak pula parut yang muncul akibat aktiviti memicit jerawat yang merata rata kat kulit muka.

  • Makan makanan berminyak
Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat adalah mengamalkan pemakanan yang banyak kandungan minyak dan lemak.Seeloknya anda mengamalkan makanan yang kurang minyak dan berlemak untuk kulit berminyak dan berjerawat supaya ia tidak mengganggu pengeluaran minyak di kulit muka.

Jadi, ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C dan resveratrol untuk kesihatan kulit terutamanya yang mempunyai masalah jerawat, kulit berminyak kering dan sebagainya. 


Credit Google : Makan buah dan makanan di atas untuk dapatkan kulit yang bersih tanpa cela

  • Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Jadi, bila nak beli alat solek seperti bedak kompak, blusher, foundation, krim pelindung matahari dan lain lain, pastikan anda pilih yang berlabel non-acnegenic atau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan masalah jerawat.

Credit : Google

 Nak tips?

Ambil 7 makanan yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit  terutamanya buat anda yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat teruk.
Anda juga boleh juga cuba  mengambil minuman kaya antioksidan dan resveratrol yang membantu melambatkan penuaan kulit dan menghalang radikal bebas apetah lagi boleh juga membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat teruk.


Ia satu jaminan yang berbaloi tau kalau anda menginginkan kulit yang bersih tanpa cela dan minyak. Siapa yang tak nak muka bebas minyak dan berjerawat kan?  Jadi, pilih produk kulit yang betul betul berkualiti untuk menjaga kecantikan kulit tu ! 


Jom amalkan petua di atas supaya kulit semakin cantik dan muda!


--------------------------------------------------------------------------------------------

Pertanyaan dan konsultasi, boleh whatsapp ke : 

www.bysyiraishak.blogspot.com


Sumber c&p :
 http://eh.com.my/artikel/pantang-larang-kulit-berminyak/

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::