5 MAKANAN YANG SESUAI UNTUK ELAK KRISTAL BERLEBIHAN HINGGA MENGGEREKOT SAKIT

9:52 AM

Gout adalah sejenis arthritis disebabkan oleh terlalu banyak asid urik dalam darah. Asid urik yang berlebihan boleh membawa kepada pembentukan cecair di sekeliling sendi, yang boleh menyebabkan kristal asid urik.  

Pembentukan kristal inilah menyebabkan sendi membengkak, mengalami keradangan, dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.

www.bysyiraishak.blogspot.com

Oleh itu, anda digalakkan untuk mengawal penyakit gout ni dari terus membengkak. Selain mengambil ubat-ubatan, perubahan pemakanan yang lebih sihat  dan gaya hidup yang aktif boleh membantu mencegah serangan gout yang menyakitkan


Jadi pengambilan makanan yang spesifik kepada Diet untuk masalah gout sangat bagus diambil untuk mengelakkan serangan gout yang menyakitkan. 

 

5 DIET YANG ELOK DIAMBIL UNTUK PESAKIT GOUT


  • Sayur-sayuran.  


Diet yang kaya dengan pengambilan sayur-sayuran memang penting untuk kesihatan yang baik. Walaupun ada sayu sayuran yang tinggi purin tidak digalakkan untuk makan seperti asparagus, cendawan, bayam , daun kobis dan lain lain, tetapi ada penyelidikan mengatakan ia sebenarnya bagus untuk kesihatan. Cuma mungkin anda harus mengawal jumlah kandungan purin yang sepatutnya anda makan dalam sehari. 


  •  Ceri.  

Terdapat beberapa bukti bahawa makan ceri dan buah buahan yang berwana gelap ( berries, anggur ungu) dikaitkan dengan penurunan risiko serangan gout. Hal ini kerana ceri mengandungi Vitamin C yang dikatakan mampu menurunkan tahap asid urik dalam darah.
 
Credit : Google



Sekurang-kurangnya pengambilan jus ceri perlu diambil sebanyak 2 kali sehari dalam tempoh 4 bulan untuk menurunkan risiko serangan gout. Kajian juga menunjukkan ceri boleh membantu dengan mengurangkan tahap asid urik dan mengurangkan keradangan pada sendi.


  • Air.  

Kajian menunjukkan minum lebih banyak air dapat mengurangan risiko serangan gout. Pesakit gout juga digalakkan minum air agar risiko serangan gout secara berulangan dapat dielakkan sekerap mungkin. Contohnya, jika pesakit gout minum sebanyak 5-8 gelas air, serangan gout mampu dikurangkan berbanding mereka yang tidak cukup minum air masak. Walaupun begitu, pesakit gout sangat digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pakar perubatan mereka agar serangan gout tidak berulang atau mampu dikurangkan seminima mungkin.

  •  Produk tenusu.  

Produk tenusu rendah lemak dikatakan boleh meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing. 
 
Credit : Google



Dalam satu kajian mengatakan mereka yang mengambil hidangan atau lebih susu rendah lemak atau yogurt dalam sehari ,mempunyai asid kurang urik dalam darah yang rendah berbanding mereka yang kurang mengambil produk tenusu. Pengambilan protein yang tinggi dan kandungan purin rendah di dalam susu mampu memberi manfaat yang baik buat pesakit gout.

  •  Kopi


Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi yang sederhana boleh dikaitkan dengan penurunan risiko gout, terutamanya jika mengambil kopi O. Minum kopi mungkin tidak sesuai untuk keadaan penyakit yang lain. Walaupun begitu, nasihat dari pakar perubatan sangat digalakkan jika anda berminat untuk menjadikan kopi sebagai minuman yang dapat menurunkan serangan gout.
 
Credit : Google
 
Selain 5 makanan dan minuman ini, Tonik Merah  juga dapat membantu memperbaiki keadaan sel yang rosak dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal. Ia juga membaiki sel sel yang membengkak dan menjadikan sel badan lebih sihat.
 
 
www.bysyiraishak.blogspot.com
Ayah menderita gout berpuluh tahun. Tapi dengan mengamalkan Vivix, ayah dah boleh tinggalkan painkiller dan ubat gout.Yang best, ayah dah boleh makan makanan kegemaran dia!
 

Jika terdapat ahli keluarga atau rakan terdekat yang menghidapi gout, anda hadiahkan sahaja Tonik Merah untuk memperbaiki tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Ikhtiar itu yang penting dari menahan sakit dan makan ubat berpuluh puluh tahun semata mata untuk mengurangkan kesakitan gout yang membengkak.




 Rujukan :

http://myfoodmyhealth.com/meal-plans-diets/conditions/meal-planner-and-diet-for-gout
http://www.everydayhealth.com/gout-pictures/what-not-to-eat-when-you-have-gout.aspx#01
http://www.health.com/health/gallery/0,,20629049_3,00.html
http://www.arthritis.org/about-arthritis/types/gout/articles/low-purine-diet.php
http://www.healthline.com/health/gout/diet-restrictions#1
http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524 


----------------------------------------------------------------------------------------------- 
 Pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi :
www.bysyiraishak.blogspot.com
 

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::