RESIPI SKRUB BADAN YANG WANGI DAN BANYAK KELEBIHAN TANPA ANDA SEDAR

9:00 PM

Lamanya tak update :)

Kali ni saya nak share tentang kepentingan luaran badan pula. Kalau asyik jaga makan minum dan ambil supplement Shaklee, tapi abaikan luaran badan, Apa gunanya kan? Wajib jaga kedua duanya sekali supaya lebih sihat dan tak kusam! :)


bysyiraishak.blogspot.com

Berapa kali dalam sebulan korang skrub badan? Samada menggunakan bahan alami ataupun yang ready made? Ada rasa tak selesa dengan kulit sendiri? Atau suami pernah kata ' kulit awak kasar la, sayang!'.. Mesti sentap kan?

haha.


Tahu apa kepentingan skrub badan pada kulit korang? [1]

  • Membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati
  • Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik
  • Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah
  • Mennaggalkan daki pada badan
  • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat peha, lutut, siku dan celah ketiak
  • Mengurangkan keletihan  
  • Menghindarkan bau badan akibat peluh
  • Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit lebih sekata
  • Mengecilkan liang liang pori
  • Mengurangkan selulit
  • Melancarkan peredaran darah
  • MEmudarkanparut jerawat pada badan
  • Detoks untuk kulit 




TIPS SEMASA MENYENTAL BADAN DENGAN SKRUB BADAN


  • Elakkan melakukan skrub badan terlalu kerap bagi sesiapa yang ada kulit kering dan sensitif
  • Jangan lakukan skrub badan pada kulit yang sedang berjerawat
  • Jangan gunakan skrub badan pada kulit wajah
  • Hindari bahagian mata dan bibir kerana ia sensitif
  • Jangan tekan terlalu kuat ketika melakukan skrub badan kerana ia boleh merosakkan kulit atau terjadinya pengelupas secara paksa 

Kalau kulit korang jenis sensitif, seeloknya skrub hanya 2 kali seminggu untuk megelakkan kulit lebih cepat sensitif kecuali jika bahan skrub itu mengandungi agen pelembap seperti madu atau minyak zaitun.

Dengan adanya skrub badan, kulit badan kita akan lebih licin dan bersih sepenuhnya. Tetapi skrub badan kini boleh dikatakan agak mahal dan khidmat spa juga boleh capai ratusan ringgit, betul kan?

Apa kata korang boleh sendiri je skrub badan? Tak susah pun cuma perlukan sedikit masa untuk mengadun bahan bahan skrub sahaja. Dan dapat membelai badan sendiri hanya di rumah je. Kiranya macam MINI HOME SPA! JOm!




Ada pelbagai pilihan dan ramuan yang korang boleh untuk menghasilkan skrub badan yang diingini. Antaranya penggunaan bahan-bahan asas seperti kopi, oatmel, gula dan garam. 


Di samping  bahan-bahan asas ini, korang juga boleh add on madu, minyak kelapa dara atau minyak zaitun sebagai bahan serapan yang bagus untuk kulit. Selain bahan ini, campur sahaja pewangi atau essential oil yang korang suka. 



RESIPI DIY BODY SCRUB  

  
kredit to owner


 
kredit to owner

 
kredit to owner


 
kredit to owner



Kredit to owner

 
kredit to owner


Senang kan bahan-bahan dia? Hanya menggunakan 3-4 bahan dapat menghasilkan 1 skrub badan yang kita suka. Kalau nak bauan yang wangi, korang add on sahaja essential oil yang korang suka seperti lavender, lemon, peppermint atau lain lain.

Antara resipi skrub  yang bagus adalah Skrub Green Tea. Pernah cuba? Selalunya uncang teh tu kita letak atas kelopak mata untuk merehatkan mata yang penat. Kali ni, serbuk teh tu kita boleh gunakan untuk buat skrub badan yang wangi.

Seperti resipi di bawah ni, skrub ni menggunakan minyak kelapa dara sebagai bahan serapan untuk kulit. Dan minyak kelapa dara sememangnya mempunyai banyak kelebihan untuk kulit kita.


kredit

[3] Bahan :
  • 1 cawan gula 
  • 1/3 cawan minyak kelapa dara
  • 1/4 minyak zaitun extra virgin
  • 1 tbs serbuh teh hijau  atau boleh digantikan dengan minyak tea tree( keluarkan dari uncang)
  • 1 tsp serbuk teh hijau matcha ( ** boleh abaikan)


 Cara


  • Campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk dan gaul hingga sekata dengan menggunakan senduk kayu.
  • Simpan dalam bekas kaca atau bekas kedap udara.
  • Guna sedikit bila perlu


Kredit


Sebenarnya resipi skrub badan ni korang boleh ubah sendiri mengikut kesukaan korang. Tak perlu ikut 100% sangat. Yang penting, korang ada bahan bahan asas untuk menyediakan skrub badan. 

Contohnya korang berminat dan hilangkan jerawat di badan, mungkin boleh add on minyak tea tree yang bagus untuk kesihatan kulit dan hilangkan jerawat serta parut.



MALAS LA NAK NAK BUAT SKRUB DIY~~~~

haha. dah tahu dah. Sebenarnya bukanlah malas cuma nak mencari bahan dan nak membancuh tu satu kerja pula kan?

Lagi satu, tahap konsistensi nak buat skrub dan nak menggunakan skrub tu, menjadi persoalan. Nanti tak pasal pasal membazir je beli bahan.






Saya pernah cuba 1 produk ni, buatan Malaysia dan sememangnya produk homemade (DIY) dari pengasasnya. Jenama Purebysafiyyahosman adalah 100% buatan tangan,semulajadi,organik dan bebas dari bahan kimia,pewarna tiruan,pewangi tiruan,sulfat,paraben dan bahan pengawet kimia. 


Kenapa saya kata ianya organik dan 100% buatan tangan?  

Produk ni mengandungi 75% hingga 90% bahan organik dimana 90% bahan yang digunakan diimport dari UK. Bahan utama untuk membuat body scrub adalah 100% gula tebu yang mempunyai  USDA cerfication. Bahan bahan lain yang ada kandungan Olive oil,coconut oil dan  castor oil juga organik dan natural serta mempunyai  USDA cerfication.Tanpa pengawet dan non GMO.




Tanpa pewarna dan bahan kimia. Sebab tu produk ni hanya dapat bertahan dalam 1 tahun selepas dibuka. Nak jaga kualiti dan keberkesanan, semestinya yang organik kan?

Kiranya kalau body scrub tu korang letak sesuka hati, memang konfem semut suka.

Bila dah suka, saya pun joinlah menjadi agen PurebySafiyyahOSman. Dan memang berbaloi! Nak cuba?



Visit my IG untuk info lanjut tentang produk


Jangan lupa ambil Vitamin C Shaklee untuk dalaman juga tau! :)



Sumber:
[1] [2]  http://www.wom.my/kecantikan/scrub-badan/#ixzz44M2KdVFt
[3] http://thesweetspot.com.my/?p=7697
[4] http://eh.com.my/artikel/gaya-hidup/diy-skrub-badan-di-rumah/
 

You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::