CARA KUATKAN ANTIBODI BADAN TANPA UBAT SINTETIK SEMASA JEREBU

9:00 PM

Cuaca panas dan berjerebu ketika ini memberi kesan negatif pada kesihatan diri kita dan keluarga. 

Apabila kita kebal dengan sebarang perubahan cuaca,persekitaran atau dalam mempertahankan diri daripada jangkitan penyebaran virus atau bakteria penyakit, itu membuktikan kawalan sistem imunisasi badan kita sememangnya kuat dan berdaya tahan..



Walaupun begitu, apabila kita kekurangan nutrisi ia mampu memberikan ketidaktahanan badan pada rintangan penyakit.Oleh sebab itu, ramai yang cuba mencari jalan penyelesaian untuk menguatkan antibodi badan samada melalui ubat sintetik atau cara semulajadi.



KESAN JEREBU PADA KESIHATAN

Bila kita terdedah dengan cuaca jerebu dalam jangka masa panjang, korang akan dapati beberapa tanda-tanda yang menyebabkan kesihatan mula merosot . Antaranya :


  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Iritasi kulit.
  • Terasa sakit dada.
Jadi, sekiranya korang mempunyai tanda-tanda seperti di atas, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor supaya ia tidak melarat.

Tapi, dalam menangani krisis perubahan cuaca mahupun jerebu ini, pastikan korang mendapat pencegahan dan persediaan awal dahulu supaya badan lebih kuat dan sihat dalam menghadapi masalah jerebu ni.



Tanpa ubat sintetik pun, korang boleh kuatkan antibodi semasa jerebu tau. Sebabnya ada sesetengah dari kita tidak gemar pada ubat berbanding cara tradisional. Terpulang pada korang! :)

Kalau saya, saya akan pilih Nutriferon (ala2 panadol tapi dalam bentuk sachet) dan Performance Drink ( Air oren tanpa gas ala2 100 Plus).

KEnapa??

Nutriferon (NF) contohnya membantu fungsi keaktifan sistem imun dengan lebih pantas semasa musim jerebu ni. Lagipun, NF ni diperbuat dari ekstrak tumbuhan semulajadi seperti biji labu, benih plantago honeysuckle Jepun dan bungan safflower. Secara tak langsung, badan korang akan menggalakkan interferon semulajadi dalam badan bila ambil NF ni.



Kalau Performance Drink (PD) pula, ia minuman isotonik yang mengandungi mineral dan elektrolit dan secara tidak langsung membantu mengelakkan badan kehilangan air dengan banyak semasa jerebu ni. Bayangkan la, bila kita menyedut udara kotor dari jerebu, ia akan mudah terserap dalam peparu dan memberi tekanan pada buah pinggang untuk menyingkirkan toksin atau kekotoran tu.

Jadi, PD ni dapat membekalkan tenaga, menguatkan daya tahan badan, mengekalkan paras gula normal di samping mengelakkan badan kehilangan air atau dehidrasi. Kesannya, antibodi lebih kuat dan kulit lebih sihat! :)

Kredit foto : Raikan kasih
--------------------------------------------------------------------------------------


www.bysyiraishak.blogspot.com





You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::