4 PUNCA KETIAK HITAM BERKARAT

10:56 AM



Pernah terlihat iklan ketiak di kaca TV? Ada iklan memaparkan penggunaan deodoran yang mampu menyelesaikan masalah ketiak hitam ni. Tapi, jika model memang tiada masalah kulit seperti ketiak hitam, perlu ke promote deodoran sebegitu? 

Cuba ambil model yang memang sah sah mempunyai masalah ketiak hitam. Bila berkesan sesuatu produk, barulah jualan akan meningkat tanpa banyak mulut yang berbunyi. (Padahal itu hanya strategi mengambil model yang cantik untuk melariskan produk)



Masalah ketiak hitam ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Paling terkesan mungkin wanita yang kerap memakai baju tanpa lengan. Betul kan? Wajah cantik tapi bila lengan diangkat, mulalah kelihatan warna kehitaman di ketiak. Ia secara tidak langsung akan mengundang kata kata sinis mengatakan kita tidak pandai jaga kecantikan kulit. 

Begitu juga dengan sang isteri yang mengalami masalah sebegini. Sanggup lihat wajah kegelian suami bila terpandangkan masalah yang nan satu ini? Mesti malu kan dengan suami? Haruslah cantik dan kemas untuk suami dan memang itu tugas kita sebagai wanita untuk berdandan demi sayangkan suami.

APA PUNCA MENYEBABKAN KETIAK HITAM BERKARAT?

Ada beberapa punca menyebabkan ketiak mudah sangat nak hitam dan berkarat. Antaranya :

  • MENCUKUR KETIAK.  Selalu cukur ketiak untuk membuang segala bulu yang ada? Pernah juga saya terdengar jika kita kerap mencukur ketiak, ia akan membuatkan ketiak mudah hitam. Selain dari itu, pencukur yang kurang sesuai juga akan menyebabkan luka pada ketiak hingga boleh menimbulkan rengsa dan seterusnya parut. Sebaiknya, gunalah pencukur yang berkualiti dan baru setiap kali nak membersihkan kawasan sulit itu.
  • PAKAIAN KETAT .  Pemakaian baju yang mempunyai bahagian lengan yang ketat menyebabkan ketiak sukar untuk mendapat ruang udara. Apabila keadaan sebegitu berlaku, ia memudahkan pergeseran hingga ketiak boleh menjadi kehitaman.
  • DEODORAN . Seeloknya pilih deodaran yang sesuai dengan kulit kita. Ia akan menjadi lebih teruk jika korang mengalami masalah kulit sensitif dan hanya sesuai memakai deodaran tertentu sahaja. Lagipun, ada dua jenis deodaran yang boleh dipilih antaranya jenis stick atau yang basah. Selepas memakai deodaran sehari suntuk, ketiak itu haruslah dibersihkan dengan sebaiknya supaya kuman tidak membiak hingga mengeluarkan bau busuk pula.
  • PERUBAHAN HORMON dan GENETIK. Jika korang tergolong dalam masalah genetik, mungkin perlukan masa untuk dirawat. Cuba ambil makanan yang tinggi protein untuk memulihkan masalah ketiak hitam atau supplement yang dapat membantu masalah itu.


Korang ada masalah ketiak hitam? Apa langkah untuk memulihkan kembali bahagian itu?

Tepuk dada. Mulakan langkah! :)

www.bysyiraishak.blogspot.com


You Might Also Like

1 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::