PENYAMUN MUDA DALAM MASJID DI RUANGAN MUSLIMAH. APA DAH NAK JADI?

8:30 AM


Sya selalu juga tengok video-video mengenai kes mencuri atau menyamun barang berharga dalam masjid. Baru-baru ni, member Sya post video penyamun berpakaian telekung mencuri beg tangan semasa muslimah tengah sujud.

Berani kan?


Apa nak jadi dah sekarang ye? Sesuka hati buat macam tu dalam rumah Allah?


Terdesak sangat untuk mencuri tanpa fikir akibat perbuatan jahat tu dalam rumah suci?


Geram sangat bila kes-kes macam ni berlaku dalam masjid.


Kita selalu berfikiran bahawa masjd antara tempat paling selamat untuk menyimpan barang semasa solat. Tapi, sekarang  mungkin kita kena ubah sedikit persepsi tu.


Bila terjadi pada Sya sabtu lepas, baru rasa apa yang orang lain rasa.


Kami singgah di Masjid NurulHuda di Olak Lempit, Banting selepas selesai kenduri di rumah sepupu kat Kanchong Darat. Diakui memang sunyi kawasan masjid tu. Sya perasan hanya ada sorang pakcik je yang tengah mencuci kawasan masjid tu.






Bila dah selesai solat, datang pula sorang kakak dengan 3 orang anak yang bising. Still okey lagi sebab takdela rasa sunyi kan.

Bila Sya dah hampir nak lelap, kakak tu dah beransur pergi dengan anak anak dia.


Tak lama pun. Dalam 2 minit terlelap, Sya terjaga dan terbangun secara tiba tiba.


Bila jadi macam tu, tiba tiba ternampak seorang lelaki sedang berdiri menghadap Sya. Terkejut!


Dalam otak ' Apa budak laki ni buat kat sini'???? Masa tu blurr je.


Time tu juga, dia lari lintang pukang mungkin sebab terkejut tengok Sya tiba tiba terjaga dan terbangun. ( Macam orang mengigau yang bangun dari mimpi seram). Terus Sya panggil suami tapi dia tak jaga plak dari tidurr. ***Grrrrr :'(


MAsa tu tak fikir apa-apa pun. Sya just tengok dia lari ke mana macam lipas kudung. Lepas tu baru teringat handbag!


Check...check....


NAsib baik ada dompet.


Sekali lagi Sya panggil suami sambil cuba cari handset kesayangan.


Takde dahhh!!!! :'(





Ingatkan dia tak sempat nak mencuri sebab dah berdiri tegak depan mata masa tu. Mungkin masa tu dia tengah berkira-kira nak ambil dompet juga kot. Rasanya kalau terus dibuai mimpi, abes semua lesap. Yang best, handset tu betul betul di sebelah kepala Sya je. Sebab baru SMS suami, tuptup terlelap kejap.

Selepas tu, suami mula buat operasi mencari bsuspek tu di kawasan sekitar tapi malangnya kelibat budak tu memang dah tiada. Tanya juga budak budak kecil yang tengah main basikal di sekitar masjid, tapi hanya gelengan dan jawapan 'tidak' sahaja yang terkeluar dari mulut mereka.

Suami cuba juga untuk mencari suspek hingga kami berpusing pusing di tempat yang sama berulang kali. Dekat sejam berpusing, memang tiada apa yang kami jumpa.

Sya pun dah redha masa tu. Just kesal sebab dia berani masuk ruangan muslimah masa Sya keseorangan. Buatkan Sya lagi kesal, budak tu berpakaian cantik dengan berkopiah. Yang buat Sya lagi lagi kesal adalah nombor telefon customer baru hilang macam tu sahaja. Nak buat follow up kali pertama pun tak berkesempatan. Iklan-iklan produk yang terbaru pun hilang sekelip mata :') ( Patutnya buat backup kan? )

Insyallah, ada hikmah di sebaliknya kan? Moga dikurniakan hati yang lebih sabar dan lebih berjaga-jaga lepas ni.


**  Dulu pernah berikrar, handset tu la yang terakhir untuk dipakai sampai bila-bila. Tapi, nampaknya kena beli baru la gamaknya. Malas betul nak survey nak keluarkan duit semata untuk phone :')
.
.

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::