9 CARA MEREDAKAN SAKIT SENDI SUPAYA BOLEH BUAT PELBAGAI AKTIVITI DENGAN YANG TERSAYANG

8:30 AM


Masih muda tapi menghadapi masalah sendi?

Sendi kita ni memang banyak diberi tekanan dengan pelbagai aktiviti yang kita lakukan.
Dan yag penting, sendi di badan kita inilah yang menghubungkan tulang, menyokong berat badan  dan pergerakan kita.


Walaupun sendi kita banyak kegunaanya untuk menampung pelbagai tekanan, masalah akan mula timbul apabila sendi-sendi kita makin haus hingga menyebabkan masalah sendi pada lutut, tangan, bahu, belakang badan, pinggang atau jari.

Sakit pada tangan dan pergelangan tangan ni boleh melemahkan cengkaman dan membuat kan kita sukar melakukan pelbagai tugas sebagai surirumah, atau blogger sekalipun.Biasanya masalah sendi sebegini dipengaruhi oleh arthritis.

Masalah sendi ni sebenarnya boleh dialami oleh pelbagai peringkat umur dan terjadi akibat beberapa sebab.


Dia Ada Masalah SendiRahsia Dia Tambat Hati Suami Apabila dah Kembali Cergas

Punca atau Penyebab Sakit Sendi (kredit)

  • Kebanyakan penghidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Jika korang ada masalah seperti di atas,cubalah untuk mengelakkan perkara yang membuatkan rasa sakit sendi tu kembali .
 
Antaranya meregangkan sendi sendi yang pernah sakit, mengangkat benda berat tanpa sokong penuh dengan kedua-dua tangan, berada pada satu posisi dalam masa yang lama, dan sebagainya.

CARA MEREDAKAN SAKIT SENDI DENGAN CEPAT (kredit)

  • Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
  • Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
 

  • Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
  • Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
  • Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
  • Bijak menangani tekanan
  • Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

Paling penting, dapatkan khidmat nasihat doktor dan cari cara alternatif untuk meredakan sakit sendi tu supaya dapat sembuh dengan cepat.  
*  Boleh guna krim panas atau losyen yang dapat melegakan sakit sendi tu. Ada satu jenama yang Sya guna untuk sapu pada pergelangan tangan yang sakit iaitu Panaflex. Insyallah lega buat sementara waktu.
.
.
.

Sumber :
http://www.healthinaging.org/aging-and-health-a-to-z/topic:joint-problems/
http://life.gaiam.com/article/10-ways-relieve-and-prevent-joint-pain
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=PenyakitSendi.htm
http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/sakit-sendi
http://www.wom.my/kesihatan/melegakan-sakit-sendi-lutut/
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=PenyakitSendi.htm

.
.


www.bysyiraishak.blogspot.com






You Might Also Like

8 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::