CARA ATASI LENGUH BADAN,SAKIT PUNGGUNG DAN KEBAS SEMASA BERPANTANG DAN MENYUSU...

10:45 AM

Mengapa sakit sakit belakang dan kebas terjadi semasa berpantang dan menyusu?

Korang pernah rasa macam ni?

Especially pada ibu yang sedang berpantang dan menyusukan anak mesti akan rasa lenguh dan kebas kan?



Sakit belakang selepas bersalin memang merupakan perkara normal buat para ibu. Semasa mengandung, rahim akan mulai membesar hingga memberi kesan pada otot abdominal yang mengakibatkan tekanan pada tulang belakang kita. Kesakitan ini akan berlarutan hinggalah otot-otot perut kembali kuat semula.

Selain itu, sakit belakang dan kebas juga terjadi semasa ibu mula menyusukan bayi. Postur badan yang salah memberi kesan pada otot-otot hingga berlaku kekejangan dan menyebabkan kita akan mula rasa sakit tulang belakang akibat menunduk atau membongkok terlalu lama.

Ibu yang sedang berpantang dan menyusu lebih memerlukan kandungan kalsium yang tinggi iaitu sebanyak 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari sepertimana wanita hamil juga memerlukan kuantiti yang sama semasa berpantang dan menyusu.Akibat dari kekurangan kalsium, ibu akan mula rasa lenguh badan, sakit punggung, kebas malah memberi kesan pada anak yang sedang disusukan!


CARA ATASI LENGUH BADAN,SAKIT PUNGGUNG DAN KEBAS

 SEMASA BERPANTANG DAN MENYUSU...



 
Sakit Tulang Belakang & Lenguh-lenguh Badan Buat Ibu Ini Rimas dan Tak Selesa, Sampailah Dia Buat Keputusan....

Dari saat hamil atau mengandung lagi, para ibu haruslah mengambil kandungan kalsium yang mencukupi untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sangat penting untuk membina kekuatan tulang pada ibu-ibu untuk menanggung berat bayi nanti. Selain itu, kalsium juga sangat penting untuk pembekuan darah,menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Ia juga dapat mengelakkan ibu mengalami masalah kekejangan semasa proses bersalin.

Terdapat beberapa jurnal dari Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa kalsium yang diambil dalam kuantiti yang rendah dapat meningkatkan risiko praeklampsia (tekanan darah tinggi) hingga boleh membawa maut buat ibu dan anak dalam kandungan.



Ya, memang dari saat hamil lagi ibu perlukan kalsium dan diteruskan semasa berpantang dan menyusukan bayi! 
Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama semasa hamil. Kalsium ini diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.




Jadi, pengambilan kalsium dari sumber makanan mahupun vitamin amat penting untuk diambil terutamanya para ibu yang merancang kehamilan, sedang hamil, sedang berpantang malah saat menyusukan bayi!

Jika tidak, para ibu akan mula mengadu sakit belakang, cramp, lenguh badan dan sebagainya hingga boleh mengganggu proses meyusukan bayi !
.
.
.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm





www.bysyiraishak.blogspot.com


You Might Also Like

3 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::