BANGKIT DARI KEGAGALAN DAN KESEDIHAN. AHLAN WAHSALAN 2015!

10:42 PM

Assalam..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berkesempatan untuk berada pada tahun 2015.


Kita diuji dengan pelbagai ujian samada sedih atau gembira. Di negara sendiri  atau pada diri  sendiri.


Ujian Allah swt untuk hamba-hambaNya yang beriman mahupun  sebaliknya.


Jangan sesekali  persalahkan Dia yang mencipta kita. Pandang diri. Pandang kejahilan diri kita yang banyak membuat salah pada Dia mahupun sesama manusia.


Kegagalan kita untuk menggapai impian atau target pada 2014 bukanlah kegagalan seumur hidup. Sekuat mana kita usaha untuk mencapai impian  tu, jika Allah tak perkenankan, memang impian  hanya mimpi semata. Tak mengapa. Kita usaha. Hanya Allah Maha Mengetahui  dan Dia tahu aturan hidup kita. Usaha dan doa,ikhlas dan tawakal. Insyallah.


Sedih? Siapa tak sedih dengan pelbagai peristiwa yang terjadi pada negara kita sejak Mac lepas. Sya ingat lagi pada resepsi di belah suami, kisah MH 370 memang top. Disusuli dengan pelbagai  fitnah pada pemimpin serta ulama, kejadian bunuh dan zina, kisah menyanyat hati MH17, musibah banjir di beberapa buah negeri pada hujung tahun lepas, kronologi Air Asia QZ8501  dan lain-lain.

Hanya doa dan sedikit bantuan dapat dihulurkan. Nak komen panjang-panjang mengenai isu-isu ni, Sya memang tak pandai. Semoga mereka tabah.

Sebut mengenai banjir di beberapa negeri, mak mentua Sya terlibat dengan misi bantuan banjir di Temerloh Pahang pada hari Sabtu nanti. Hanya 5 orang wakil yang terlibat dengan misi tersebut.

Semoga misi ni berjaya tanpa sebarang kesukaran dan halangan. Semoga  dia sihat dan selamat pergi serta balik dari misi tersebut. AMIN.

Jom usaha jadi yang terbaik  pada tahun ni! Bangkit kembali sambil kunyah bangkit cheese. Nyumnyumm. Hehehe.

SELAMAT TAHUN BARU 2015!







You Might Also Like

5 Pengomen

  1. Terlalu banyak ujian buat kita di tahun 2014. Semua tu membuatkan kita lebih waspada. Apa2 pun diharapkan 2015 memberikan lebih sinar buat kita. Aamiinn...

    JommSihatDanCantik -> ANAK DALAM KEADAAN BAHAYA JIKA

    ReplyDelete
  2. Tahun 2014 penuh dengan cabaran buat kita semua, semoga kedatangan Tahun Baru 2015 ini diberikan sinar yang lebih baik buat kita semua.

    Promosi Hebat Shaklee Januari 2015

    ReplyDelete
  3. Semoga 2015 lebih memberi sinar baru buat kita semua...

    ReplyDelete
  4. Kenangan lama dijadikan pengajaran yang berharga untuk kita semua...semoga tahun baru ini memberi kita semangat untuk terus bangkit dari kegagalan.

    promosi berganda-ganda permulaan tahun baru 2015

    ReplyDelete
  5. Kenangan lama di jadikan pengajaran dan pedoman dalam hidup... biar tersemat dan tersusun rapi di ingtan

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::