BERGEDIL TAUHU YANG SEDAP DAN MUDAH DIBUAT SAMPAIKAN MULUT TAK BERHENTI NAK MENGUNYAH

12:31 PM


Kadang kadang ada masanya saya memang blur nak masak apa untuk suami..

Bila jarang masak, sesekali tu nak juga try masak masakan yang simple tapi sedap untuk dia kan..

Asyik makan masakan yang sama, memang boring kalau makanan tu bukan makanan favourite kita :')

Oleh sebab itu, saya mulalah check dalam buku resipi favourite saya dari Chef Hanieliza iaitu 1 HARI 1 RESIPI yang memuatkan 365 resipi ringkas dan sedap untuk dicuba.Dan buku resipi ni memang sold out dan edisi terbaru mengandungi bonus 30 resipi tambahan.

bysyiraishak.blogspot.com

Dalam fikiran memang banyak resipi nak dibuat tapi akhirnya saya pilih resipi yang ringkas dan tak perlukan banyak masa untuk disiapkan.

BERGEDIL TAUHU YANG MUDAH DAN MURAH!


bysyiraishak.blogspot.com

saya dah banyak olah dari resipi asal. Main campak-campak je bahan ikut suka hati hehe. Kalau tengok bergedel tauhu saya tu dah macam cucur udang pulak ;)

Tak berapa nak bergedil di situ. Selalunya bergedil lebih bulat dan leper kan. Well, ikut kesukaan masing-masing. Saya suka gebu gebu sebab cepat rasa kenyang dan penuh ( malas sebenarnya)

Jom cuba!

Bahan (resipi asal)

4 keping tauhu
200 gram kentang (direbus @ digoreng dan dilenyek) - Sya rebus dan toskan. Then baru lenyekkan kentang
200 gram isi udang ( dibuang kulit dan potong kecil) - Sya guna isi ayam je. Nak lagi best,letak udang, ayam dan sotong sekaligus.Perghh. Apa ntah rasanya nnti haha
2 biji cili merah (Sya tambah cili hijau juga. Nak kasi berwarna warni sikit. Nak lagi best,boleh tambah lada benggala yang ada 3 variasi warna)
2 pokok daun bawang (cincang halus)
1 sm serbuk lada hitam 
1 sm tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak untuk menggoreng

Cara buat 
  • Hancurkan tauhu.( ramas-ramas pun best. Tapi pastikan kebersihan kuku terjamin)
  • Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam tauhu.
  • Bentukkan adunan tauhu menjadi bulat dan leper.
  • Celupkan adunan dalam telur dan bolehla start untuk menggoreng dalam api yang sederhana kecil.( makin banyak telur yang dicelup, lagi best kerak yang ada)
  • Agak-agak dah kekuningan, bolehlah diangkat dan ditoskan.
  • Makan panas-panas tapi pastikan lidah tak melecur! ;P
Ihsan Google 

memang sedap tau!

You Might Also Like

13 Pengomen

  1. Kak tun pun teringin nk dapatkan buku tu. Resepi dia lengkap utk setahun kan... senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..bila rasa2 takde idea, sy tgk buku ni.kot2 ada ilham kan.simple je resipinya kak tun

      Delete
  2. Replies
    1. best tau..sy 1st time cuba dah rasa fall in love :)

      Delete
  3. Replies
    1. bukan nampak sedap je,rasa pun sedap tauu:)

      Delete
  4. Buku nie memang feveret. Kekadang tu bila tringin nak makan yg lain sikit, bukuntu menjadi rujukan..hihii

    JommSihatDanCantik -> TIPS: KASUT SESUAI BUAT IBU HAMIL

    ReplyDelete
  5. Selalu nya search Google je kalau cari resepi. Hihi..

    ReplyDelete
  6. Sdpnye...nk try lah..tq share resepi

    ReplyDelete
  7. tauhu leh buat bergedil? tak hancur ke gitu?

    ReplyDelete
  8. sejak ada interenet ni, jarang bebenor dah beli buku resepi..kalau dulu tau je latest hot selling buku..terliur lak tgk ,thanks for sharing

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::