CUTI CUTI MALAYSIA DI CAMERON HIGHLAND SETAKAT 2 HARI 1 MALAM YANG BERGERIMIS

8:47 AM


Hujan.


Kelmarin, 16hb  sehari suntuk hujan dan gerimis di Cameron Highlands.

Hari Isnin petang selepas waktu kerja, kami sekeluarga bertolak ke Cameron. 1st time bertolak waktu petang dan Jalan Duta memang jem waktu 5 ke atas.Sampailah ke exit Rawang, baru kenderaan mulai surut. Dengan penutupan jalan untuk pembaikan dan adanya kemalangan, semua tu buatkan highway tak pernah surut dengan manusia-manusia yang nak melihat kawasan kemalangan. Bab ni orang kita memang bagus huhu.

Sampainya ke exit Tapah, memang dah malam. Lebih kurang 7 lebih. Kebetulan ayah mentua yang bawa kereta pada masa tu. Sya memang tabik spring dengan ayah mentua. Dia bawa kereta memang laju dan cekap di area berbelok-belok tu. Kepala Sya dah pening, tunggu masa nak muntah je. Sabar je la. hahah.


Credit : Google

Kami sampai ke Nova Resort and Residence dalam 10 lebih, terus kami rehat dan berborak.Dengan cuaca yang sejuk dan hujan rintik-rintik, itu mata pun dah makin kecil.Apa-apa aktiviti akan stat hari Selasa sahaja.


bysyiraishak.blogspot.com
Dari balkoni hotel

Wall di bilik tidur

Apa jua aktiviti kami sekeluarga memang terbantut disebabkan makcik dan pakcik suami ada membawa anak kecil. Biasalah budak budak kan. Adakalanya sensitif dengan cuaca sejuk dan hujan. Itupun si kecil sedang demam dan asyik merengek je. Sepanjang hari hujan pada 16 Disember . Apa je aktiviti boleh dibuat kan?


bysyiraishak.blogspot.com
Adik sepupu

Yang sempat kami singgah adalah ladang strawberi,kedai cenderamata di Brinchang dan S Corner sahaja.

Kami berempat datang pun disebabkan pakcik suami, jadi kalau tak sempat nak pergi merata-rata kawasan, memang tak terkilan langsung. asalkan dapat beli kaktus dan strawberi! :)

bysyiraishak.blogspot.com
Ladang strawberi
bysyiraishak.blogspot.com
Abaikan si gemuk ini hiihi

bysyiraishak.blogspot.com
Petik strawberi

Disebabkan balik pun dah nak dekat malam, banyak tempat yang Sya tak ambil gambar. Tak sempat pun nak snap gambar kaktus :)

Kami ke Cameron pun tanpa dirancang. Rezeki. Plan kalau ada rezeki ke Cameron, memang nak beli kaktus dan teh Cameron Valley. Akhirnya, dapat jugak!





'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

You Might Also Like

9 Pengomen

  1. nasib baik pergi aritu bukan musim hujan lagi....dapatla p banyak tempat

    RINGANKAN KESAKITAN AKIBAT GOUT

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat pergi bercuti... tapi hati2 ye,.. musim hujan sekarang ni tanah jadi lembut... risau pulak kak tun kalau nak naik tempat tinggi ni

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak ke Cameron Highland. Rindunya nak memetik strawberry dan makan scone.
    6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan

    ReplyDelete
  4. Kalau hari cuti sekolah memng mengelak pegi cameron sebab jalan jammed..dari ipoh seajam lebih jer..

    Indeks Glisemik Rendah

    ReplyDelete
  5. Huda xpernah lagi p sana. Perghh..geram tengok boleh petik setoberi tu..hihi

    JommSihatDanCantik -> GLA SHAKLEE

    ReplyDelete
  6. Bestnya cuti-cuti malaysia. Ni tengah mengira bila adik habis pantang. Nak jalan sama2 :)

    ReplyDelete
  7. bestnyer..ramai advise jangan pegri time musim hujan, jalan tak elok ke apa..tapi best je kalau pegi tak sesak dgn orang kan..dgrnya sekarang pelancong ke cameron makin menurun selepas banjir lumpur hari tu..thanks for shraing, mmg nak update pasal cameron ni, kot2 nak pegi sementara cuti sekolah ni

    ReplyDelete
  8. Selamat cuti ! Boleh kunjungi 5* villa (Villa 827) di A' Famosa Resort di Melaka untuk cuti yang akan datang :)

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::