CARA CERAHKAN KULIT SECARA ALAMI YANG TAK PERLUKAN SUNTIKAN BOTOX UNTUK KELIHATAN CANTIK BERSERI

8:30 AM


Bila tengok je wanita yang cantik dan mulus di hadapan kita, mesti kita akan memuji-muji dan tertanya-tanya apa produk yang dia pakai untuk nampak cantik sebegitu, kan?

Si lelaki pula mula pandang tak berkelip pada wajah rupawan si wanita tersebut hingga tertoleh berkali-kali sampaikan nak terputus leher tu ( overnya ko ni hehe)



Mesti ada rahsia tersembunyi kan? Produk apa yang dia pakai? Ada petua ke untuk dapatkan kulit sebegitu?

Produk itu boleh je didapati di rumah!Jimat kos.

Korang pun boleh cuba cara nak cerahkan kulit secara alami menggunakan bahan yang boleh didapati di dapur rumah.(credit)


Betik

Selalunya kulit yang kusam  disebabkan oleh sel kulit yang telah mati. Buah betik mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan segera.

Ia juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida dimana dapat menghalang radikal bebas yang menjadi punca pada penuaan kulit. Kulit kita akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.

Ihsan Google

Caranya: Kisar betik muda. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher.Boleh buat seminggu sekali untuk dapatkan kulit yang mulus dan gojes.

Timun

Timun memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.


Ihsan Google

Cara : Kisar separuh timun dan perahkan lemon.Sapu di seluruh wajah dan leher selama 15 minit. Selepas itu, boleh bilas dengan air suam. mesti akan rasa segar je lepas tu.

Yogurt

Yogurt mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Jadi, jika kulit tu semakin gelap, boleh cuba yogurt untuk kembalikan keserian dan kecerahan wajah.


Ihsan google

Cara: Campurkan dua sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Sapu ke wajah dan leher dan dibiarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

Strawberi

Strawberi juga dapat mencerahkan kulit kerana ia kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu menyihatkan kulit.

Apabila strawberi dan susu bergabung sebagai bahan untuk dioles pada kulit kita, ia dapat membantu menyerikan kulit kerana kandungan nutrisinya yang baik pada tekstur kulit.


Ihsan google

Ambil lima biji strawberi bersaiz kecil,dikisar atau hancurkan kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan di wajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan dua kali seminggu sehingga kulit mengalami perubahan yang mengagumkan.

Barli

Selalunya barli digunakan untuk menghilangkan panas dalam badan semasa kita demam.Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.


Ihsan Google

Cara : Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis + air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

Beras Pulut

Penggunaan beras pulut untuk mencerahkan kulit selalu digunakan kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.

Ihsan Google

Cara : rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk muka. Apabila dah hampir separuh kering, gosok pada kulit perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

Kopi

Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. 


Ihsan Google

Cara :campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk muka. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa. 




Dalam banyak-banyak cara di atas,Sya selalu campurkan serbuk kopi dan minyak zaitun virgin oil je.. memang best bila lulur kat muka dan badan. Rasa lembut je. Serbuk kopi tak mahal kalau dibeli di pasar. Minyak zaitun pula memang terkenal untuk kecantikan kulit. 



CARA CERAHKAN KULIT DENGAN SHAKLEE : SAY NO TO BOTOX


Ihsan Google

bysyiraishak.blogspot.com
SET KULIT BERSERI DAN CANTIK.Siapa yang tak nak kan? SAY NO TO BOTOX!

VITAMIN E COMPLEX : Antioksida. Membantu melambatkan penuaan, memulihkan tektur kulit, bantu atasi kulit berminyak,mengurangkan kesan parut jerawat, membaiki tisu dan peredaran darah semakin lancar.


SR Vitamin C : Mencerahkan kulit, mengurangkan pigmentasi, mengurangkan jeragat, membantu memulihkan kulit tak sekata, melembapkan kulit kering. Kolagen untuk keanjalan kulit.



Sempena YES, kedua-dua vitamin ini ada sales tau. Rugi kalau tak grab secepat mungkin. Sales ni berakhir 11.59pm 31hb.

Siapa tak nak cantik, sila abaikan kesemua di atas. ;)



http://bysyiraishak.blogspot.com/2014/12/promo-akhir-tahun-dengan-set-cantik-shaklee.html


Rebut YES : Vitamin C dan E dengan 2 promo best! Jangan lepaskan peluang ni. Harga semestinya lagi YES la. Berbaloi dan best!:)



http://bysyiraishak.blogspot.com/2014/12/promo-akhir-tahun-dengan-set-cantik-shaklee.html




Sumber :
 http://dara.karangkraf.com/chanteq/cerahkan-kulit-secara-semulajadi-1.312923




www.bysyiraishak.blogspot.com



You Might Also Like

16 Pengomen

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::