RESIPI DORAYAKI PANKEK DORAEMON YANG LAZAT DAN MUDAH SANGAT NAK DIBUAT. ANAK ANAK MESTI SUKA!

6:30 AM

Terfikir fikir apa nak makan untuk sarapan pagi atau minum petang?

Mungkin dah tiba masa untuk berDORAYAKI sambil menyanyi ikut rentak lagu doraemon;p


Dorayaki ni boleh dikatakan makanan wajib Doraemon dalam siri kartun Jepun tersebut. Kiranya, kalau dah nampak Dorayaki, memang Doraemon hanyut dengan dunia dia la.

Skip. Kita bukan nak cakap pasal Doraemon sebenarnya. Hiiiihi

Nak kata Dorayaki ni sama dengan pankek biasa, memang sama pun cuma tak serupa je. 

Dorayaki ni kiranya pankek versi Jepun dan ia disapukan inti ditengah lapisan 2 keping dorayaki. Manakala pankek pula selalunya kita letakkan sirap atau madu beserta buah-buahan untuk menambahkan keenakan pada pankek tu sendiri. Dan kuantiti bahan je mungkin sedikit berbeza.

Beza yang sangat ketara mungkin pada visual. 


Kredit untuk pemilik gambar.UmmiZaihadi

Ihsan dari Google


Selalunya saya makan Dorayaki yang disapu dengan Nutella je. Bukan nak cakap apa, tapi rasa Dorayaki tu memang sedap kawkaww dengan Nutella **Mungkin Nutella tu dah sedap atau tekakku memang tekak sukakan coklat :)

Cuma, yang saya tak berapa pandai bila nak bentukkan Dorayaki supaya membentuk dengan cantik. Kena praktis selalu baru cantik kot Dorayakiku itu. **Kata je la seni memasak tu kurang;p

Antara resipi yang best adalah dari Myresipi . Memang jadi.Kalau tak menjadi, itu salah diri sendiri ;p


Bahan-bahan :

100gm tepung gandum

1/2 sk baking soda
60 gm gula halus
2 sb madu
2 biji telur
1/2 sb minyak masak
1/2 sk esen vanila

inti : kacang merah / coklat / atau apa apa je


Cara :

  • Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak ke dalam campuran telur. 
  • Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  • Panaskan non-stick pan dengan api kecil
  • Masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". (agak-agak je)
  • Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. 
  • Letak 1 sudu inti di tengah sekeping dorayaki, tutup dgengan satu keping lagi. 
  • Tekan sikit dan Ngappppp!

Senang dan cepat untuk dibuat sarapan pagi atau minum petang. Hidangkan dengan air panas especially semasa hujan. Memang masyuk di tekak. :)



'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



You Might Also Like

35 Pengomen

  1. Nampak Sedap pankek dorayaki nie....terima kasih atas kongsi resepi dear...nak cuba wat la untuk anak-anak yang tengah cuti ni...pasti mereka suka.

    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszza kak nila..masa time cuti sekolah ni la boleh masakkan dorayaki tok anak2. Budak2 mesti suka

      Delete
  2. Replies
    1. Makan dorayaki sambil minum air panas dan sambil dating..woww hehe

      Delete
  3. Wow, nampak sedap sangat. Ila pun dah beli bekas memasak pancake, bolehlah cuba resepi ni nanti.
    Baca Bagaimana Merawat Keputihan Wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti share la resipi pankek kat blog..bole cuba:)

      Delete
  4. Terliur tengok pancake ni...nampak pun sedap...

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sis. .sy yg buat entry ni pun mcm nak terliur

      Delete
  5. Sedapnye dorayaki...nabila suka mkn dgn jem sunbear...

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap...tak pernah lagi makan dorayaki ni...nak cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jum sis..mcm pankek je.cuma lebih padat sikit

      Delete
  7. Dorayaki doraemon! Saya suka dorayaki.. Tapi tak pernah buat sndiri. Selalu beli je..

    Super Mama Jom Kurus >>> Tiada Masa Bukan Alasan 'Super Mama' Untuk Kurus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo beli mahal sis..buat sendiri lebih puas dan bole makan banyak2..hehe

      Delete
  8. Oh sedapnya dorayaki... Saya suka yang inti kacang tanah

    ReplyDelete
  9. Waahh xprnh mkn lg dorayakie ni..nk try la lps ni..tq resepi☺

    Jemput baca: Kawal Tahap Gula Kencing Manis Untuk Elak Abah Kena Potong Kaki

    ReplyDelete
  10. Wauuu.. Tekakku juga hantu coklat.. Ya Allah.. Melting gila Tgk..
    Rasa nak buat mlm ni.. Hahha..
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  11. Wowwiee..selama nie dok tengok dalam cerita doraemon ja kan. Tak pernah pon terliur. Tapi syira mashimaro letak buat entry nie terus teringin. Nak cuba buat. Yeayyy!!! Thanks for the marvelous recipe ♥♥♥

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    ReplyDelete
  12. Baru je share resepi dr fb minggu lepas. kengkonon nk try buat. Sampai ke ahri ni tak buat2 lagi... hihihi


    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    ReplyDelete
  13. Wah bahan-bahannya pun x susah.mesti cuba buat ni.
    matang-family-park

    ReplyDelete
  14. Bestnya...nak try kalo free nnt..hihi

    ReplyDelete
  15. Selalu beli kat AEON je dorayaki ni.. cepat sikit nak makan.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Nampak mcm sedap jer...terliur plak

    ReplyDelete
  17. Sedap nye.... mcm nk cuba buat pulak...

    ReplyDelete
  18. Teringinnya nak buat.. tapi lebig rajin membeli.. hehe

    ReplyDelete
  19. xpernah lagi makan...boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::