KHASIAT KIWI UNTUK KESIHATAN

9:30 PM



Buah kiwi yang lonjong dan manis manis masam mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan kita.







Just ambil je sebiji atau dua buah kiwi sehari dah cukup disebabkan ia kaya dengan mineral dan potasium diperlukan tubuh bagi membina dan menguatkan sistem badan.


SEJARAH KIWI

Buah kiwi sebenarnya bukanlah berasal dari New Zealand dan tidak dikenali dengan nama kiwi.

Pohonnya berasal dari China dan dipanggil Yang Tao atau Chinese Gooseberry.

Guru dari Waitangi, New Zealand, Isabel Fraser  yang 
Tertarik dengan gabungan rasa manis tetapi kelat buah eksotik kiwi, telah membawa bijinya dari China apabila pulang ke tanah airnya pada 1904.

Di tanah New Zealand, pakar hortikultur, Alexander Allison menanam bijinya dan ia bukan setakat buah kiwi pertama di New Zealand tetapi menandakan permulaan baru.

Bermula daripada situ, penduduk New Zealand menamakan buah itu bersempena burung kebangsaan mereka — burung kecil yang berbulu halus iaitu kiwi.






KANDUNGAN VITAMIN DALAM KIWI


  • Mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah
  • Kaya dengan Vitamin C : antioksidan yang larut air kerana ia penting untuk melindungi badan daripada bendasing serta melindungi badan daripada serangan jantung, kanser dan obesiti.
  • Mengandungi Vitamin E : elemen antioksida dan ia diperlukan untuk melindungi kulit daripada sinaran uv, pencemaran, dadah dan unsur asing yang boleh merosakkan sel kulit. Buah kiwi mempunyai vitamin E yang menyamai vitamin C.
  • Serat yang tinggi : mengawal kandungan gula dalam darah dan menghindari kanser kolon dengan mengeluarkan toksin daripada kolon dan menyahkannya melalui sistem perkumuhan.Serat ini mengurangkan kandungan kolesterol, meningkatkan fungsi jantung dan meminimumkan serangan jantung.
  • Sarat dengan  ‘phytonutrient’ yang baik untuk kesihatan kerana menghasilkan ‘polyphenol’ sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotin yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata.
  • Mengandungi potassium - bagus dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Kaya dengan asid folik untuk menghalang kecacatan neural di kalangan bayi


KHASIAT KIWI




  • Sebagai buah yang menghasilkan vitamin C terbesar berbanding buah-buah lain, dan vitamin E dalam buah kiwi berfungsi sebagai antioksida, pencegah sel kanser, mengekalkan kesihatan menyeluruh, mencegah penyakit tulang bengkok, mencegah diri daripada serangan selesema. Vitamin C dalam setiap kiwi juga dapat memelihara kulit agar tetap sihat dan bersih.

  • Mengandungi actinides yang mengatasi sembelit dan melancarkan proses pencernaan

  • Kaya dengan khasiat imunisasi yang menghindar dari sebarang bentuk sebaran penyakit. Ia amat baik khususnya untuk kanak-kanak agar kekal cergas.

  • mempertingkat fungsi sistem daya tahan kita— perlindungan semula jadi yang membantu anda melawan kesan stres, inflamasi dan serangan bakteria serta virus

  • Memakan hanya dua biji buah kiwi sehari terbukti membantu mengurangkan kadar kerosakan oksidatif terhadap sel kita dan memperbaiki DNA rosak disebabkan tekanan oksidatif. Ini dibuktikan dalam kajian di New Zealand dan Eropah

  • Hanya dua hingga tiga buah kiwi sehari mampu mengurangkan agregasi platelet darah — Agregasi platelet ialah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit kardiovaskular. Ia menyebabkan penyumbatan arteri dan salur pembuluh darah

  • Kiwi turut mengandungi beta karoten yang baik untuk kesihatan mata anak-anak.

  • Kanak-kanak juga disarankan memakan buah kiwi kerana ia turut membantu mengawal kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah kerana kandungan glisemiknya yang rendah.

  • Sesuai dijadikan diet harian sejak kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini terdedah dengan masalah obesiti.

  • Makan kiwi dengan kerap ialah satu cara mudah mendapatkan nutrien penting untuk badan kita, untuk lebih sihat dan menikmati usia lebih panjang



Kiwi mudah dimakan. Boleh juga dibuat smooties, jus, dessert, kek, gula-gula dan apa sahaja bentuk makanan mengikut kreativiti kita.



Sumber : 
http://mingguanwanita.karangkraf.com/info-psikologi/kiwi-atasi-selesema-1.311075
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buahkiwikayavitamin/Article/article_print
http://puspanita.moa.gov.my/index.php/component/zoo/item/buah-kiwi-menyihatkan-anda-dan-kandungan





'THE GREATEST WEALTH IS HEALTH'



Berminat dengan produk Shaklee? Whatsapp sya 014-6342040 :)

Konsultasi eksklusif buat customer sya yang eksklusif..


-----------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :



Klik!

You Might Also Like

4 Pengomen

  1. I ♡ kiwi

    Salam singgah
    http://mak-atam.blogspot.com/2014/10/segmen-blogwalking-10-jam.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Interesting facts on Kiwi :) Jemput-jemput lawat and follow www.kindhearty.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring..tqvm..jom jln2 ke http:// senandunghatiku.blogspot com

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::