CARA CANTIKKAN DIRI DENGAN MASKER!

10:00 PM


Kita mesti nak rasa yakin bila berhadapan dengan orang lain kan?

Especially bila buat presentation. Perghh.. masa tu kalau muka sembap, lesu dan kusam, memang boleh down  bagai.

So, bila kulit kita sihat akan membuatkan kita rasa yakin apabila bertemu dengan sesiapa je.

Ramai kakak-kakak sekalian ada resipi tersendiri untuk nampak segar gituu.

Tapi, tahukah kakak-kakak yang kulit yang sihat boleh didapati melalui makanan, penjagaan kesihatan dalaman yang baik dan juga penjagaan luaran seperti melakukan skrub mahupun masker?!





Melalui masker, kita boleh mendapatkan kulit yang lebih segar dan tegang. Bukan setakat kulit wajah je yang boleh di'masker'kan, bahagian tubuh lain pun boleh diberi perhatian rapi melalui proses rawatan masker.

Macam-macam cara boleh digunapakai untuk tujuan masker. Kita boleh gunakan lidah buaya,lemon,kopi, limau dan lain-lain buah untuk merawat muka mahupun tubuh badan.

Secara tak langsung, masker semulajadi dapat mencuci, menegangkan, melembut, menjaga kehalusan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam dan mencegah penuaan.



CARA MASKER SEMULAJADI


  • Masker kaki
Tujuan --> melancarkan peredaran darah, meregangkan otot-otot yang tegang akibat aktiviti yang padat. Sebelum sapu masker, rendam kaki ke dalam air suam yang di campur garam dan minyak aroma terapi. Fungsinya adalah untuk menambah kesegaran pada kaki dan melancarkan perjalanan darah.


  • Masker punggung (ehh ehhh)
Sapuan masker pada bahagian leher, bahu, punggung dan lengan penting untuk menguatkan dan menghilangkan kedut di sekitar leher serta memberi keselesaan.Kiranya macam tegang gituuuu.Selain tu, ia dapat membantu menganjal lagi bentuk punggung dan bawah lengan.

  • Masker payudara
Masker ini membantu menenangkan kulit payudara dan sekitarnya. Selain tu, ia dapat membuakan payudara kelihatan menarik especially dengan membuat sendiri teknik urutan cara tradisional iaitu dengan minyak zaitun dan masker yang dibuat daripada tepung, beras merah dan daun-daun herba.

  • Masker seluruh tubuh
Selain masker, minyak aroma terapi asli juga boleh digunakan untuk memberi haruman yang menenangkan. Masker dan urutan yang lembut pada seluruh badan membantu menghilangkan segala keletihan dan penat selepas seharian bekerja atau belajar.



Manfaat masker

  • Masker buah badam - kulit awet muda, segar dan  menenangkan kulit.
  • Masker kopi - jadikan kulit halus, nampak cerah dan percepatkan pengeluasan sel kulit mati.
  • Masker susu- putihkan kulit, menghilangkan bekas parut dan mencegah kulit berkedut.
  • Masker strawberi- melambatkan proses penuaan, melindungi sel tubuh dari kanser dan menyihatkan kulit.

Tips:

Cara pemakaian masker badan -  Campurkan masker dengan air putih, air mawar atau madu. Apabila sebati, lulur pada badan hingga kering kemudian bilas dengan air bersih. Buat setiap minggu.


Buat Bakal dan pengguna setia Shaklee!!

Produk Shaklee pun boleh dibuat masker tau. Di samping kita makan untuk penjagaan dalaman, masker dari produk Shaklee juga membantu untuk menyerikan kulit.

Sesiapa yang dah ada produk Shaklee, wajibla cuba. Akan nampak bezanya jika diamalkan secara konsisten.

Yang baru nak mengusha Shaklee, korang akan dapat faedah dalam pelbagai cara. Luaran dan dalaman cantik, Insyallah. Yang penting, kenala konsisten! :)


Credit to pic owner :

1) Masker menggunakan Vitaminn E+ESP




2) Masker menggunakan Vitamin C



3) Masker menggunakan Alfafa


4) Masker menggunakan Collagen Powder



Setiap orang ada cara cantik yang tersendiri kan? Macam sya, sya suka buat dengan ESP+Lemon.. Sebabnya khasiat lemon ni sangat banyak dan tersembunyi! chewahh.

Terpulang mengikut citarasa. ;)


Sumber :
 c & p  http://dara.karangkraf.com/chanteq/manjakan-tubuhmu-dengan-masker-1.311928



www.bysyiraishak.blogspot.com

You Might Also Like

0 Pengomen

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::