KENAPA MULTIVITAMIN PENTING UNTK KESIHATAN?

10:30 AM



Penting ke untuk kita mengambil Multivitamin ni?


Ihsan dari Pak Google



Apa je kelebihan yang kita dapat jika mengambil Multivitamin secara konsisten?

Mengikut Pn Farah Diba Khan, Pakar Diet Kanan, PP Prince Court KL menyatakan bahawa pengambilan multivitamin bukanlah sesuatu yang penting jika kita mengamalkan pemakanan seimbang. Malangnya, dengan gaya hidup yang kurang sihat dan sibuk membuatkan hampir dari kita tidak sempat atau kurang tertumpu untuk mengambil makanan seimbang dan meneliti kandungan nutrien dalam sesuatu hidangan.


Ihsan dari Pak Google


Tubuh kita ni sebenarnya memerlukan pelbagai vitamin untuk berfungsi secara seimbang di dalam badan. Antaranya 13 vitamin asas seperti A, C, D,E K dan B12 dan kekurangan setiap satu darinya akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit.

Jadi, agak mustahil untuk kita mendapat segala nutrisi penting hanya di dalam makanan sahaja walaupun kita fikir dengan memakan buah dan sayur dapat membantu kita untuk mendapat nutrisi penting pada badan.

Multivitamin bukanlah pengganti kepada makanan yang kita makan tapi lebih bertindak untuk mencukupkan nutrien dalam regim pemakanan kita.



KENAPA MULTIVITAMIN PENTING UNTUK KITA




----> Tekanan mampu mengurangkan kandungan nutrien dalam badan


Dalam keadaan tidak tertekan, badan kita still mampu mengalami tekanan hingga menyebabkan kita perlu mengambil lebih banyak vitamin dan mineral. Antaranya bila kita tidak dapat tidur yang mencukupi, sibuk dengan kerja ataupun banyak melakukan kerja dalam satu satu masa.
Oleh itu, keperluan Vitamin B dan C amat penting untuk mengurangkan risiko stress pada diri kita. Jika tidak, kita akan menghadapi saat sukar dalam berhadapan dengan tekanan dalam diri kita.


----> Penting kepada Wanita Hamil




Ihsan dari Pak Google

Apa sahaja yang kita makan adalah untuk tumbesaran bayi dalam kandungan juga. Kiranya, bayi akan mendapat segala nutrien yang kita makan dahulu berbanding dengan diri kita. JAdi, kat sini je memang kita akan kekurangan nutrien penting dalam badan tanpa kita sedar. Oleh sebab itulah kita mmerlukan mutivitamin untuk membekalkan nutrisi secukupnya pada badan dnan juga untuk kandungan.
Asid Folik, B12 dan kalsium diperlukan dalam tempoh prenatal bagi mencegah kecacatan kelahiran dan bayi pramatang.


----> Penting Semasa Diet


Susah sebenarnya untuk kita mendapatkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan badan jika kita mengamalkan diet especially untuk kuruskan badan ataupun jika korang ni vegetarian.


----> Menigkatkan fungsi kognitif

Kajian telah menunjukkan bahawa individu untuk semua peringkat umur mempunyai fungsi kognitif yang lebih baik apabila mereka mengambil multivitamin setiap hari.
Kanak-kanak yang mengambil multivitamin setiap hari menunjukkan peningkatan dalam ujian kognitif manakala wanita dan lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kerja seharian. Selain itu, kajian juga telah menunjukkan penurunan penyakit Alzheimer dan lain-lain bentuk demensia pada warga emas yang mengambil multivitamin secara konsisten.


---->  Pemulihan dan Pembaikan 

Untuk tempoh pemulihan dari pembedahan, kecederaan dan penyakit, kita memerlukan keperluan vitamin tambahan dan mineral lebih banyak dari biasa.
Masa inilah sel sel badan kita akan diperbaharui dan radikal bebas akan dinyahkan dari badan.

----> Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh

Terdapat kajian menunjukkan pengambilan multivitamin secara konsisten dalam mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung dan kanser.
Walaupun terdapat nutrien lain yang boleh didapati dalam makanan seperti serat, kita tetap memerlukan multivitamin untuk membantu mengembalikan nutrien yan hilang dalam diet seharian kita.


Masa mula-mula saya alami masalah kekurangan zat besi hingga tidak dibenarkan untuk menderma darah, saya amalkan multivitamin untuk tampung kekurangan zat besi dalam badan saya. Patutlah dulu dulu kerap penat dan lesu. Rupa-rupanya akibat dari kekurangan zat besi!

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::