KHASIAT ROSELLE YANG KITA TAK TAHU

9:00 PM


Pernah dengar mengenai Roselle? Atau penah nampak? Mungkin juga korang penah makan..ataupun ada kenalan yang tanam pokok Roselle...



Ihsan dari Pak Google

Sebelum ni, ayah sya ada tanam pokok Roselle kat belakang rumah..Benih Roselle plak sya tak pasti dia beli dari mana tapi dia memang rajin tanam dan minum air Roselle. Mula-mula tengok, sya tak selera nak minum air Roselle ni tapi bila dah rasa, seakan akan menyanyi sambil Owhhhlalalala!hhehe

Selain dari buat sebagai minuman kordial, Roselle juga boleh dijadikan sebagai halwa. Kami pernah beli halwa Roselle di area Serendah. Kat sana mereka jual pelbagai produk berasaskan Roselle termasukla halwa, kordial,jem dan lain-lain.

Ihsan dari Pak Google

Nak tanam Roselle pun senang sebab cara penjagaannya mudah. Yang penting, siram pokok tu dalam sekali atau 2 kali sehari dan manfaatkannya untuk dapat khasiat terbaik dari kelopak Roselle tu.

Pokok Roselle

Ihsan dari Pak Google - Air rebusan Roselle

Jum kita kenal-kenal dengan Roselle...



APA ITU ROSELLE


Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa Sabdariffa L.  merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat dalam sejarah perubatan dan juga kecantikan.

Roselle merupakan tumbuhan bermusim dan boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Yang paling best, Roselle ni mudah membiak dari biji benih dan emmerlukan cahaya serta saliran yang baik.

Ihsan dari Pak Google


KHASIAT ROSELLE

Roselle mempunyai khasiat yang tinggi sebagai herba semulajadi yang membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu setiap 100gm Roselle mengandungi 280 mg Vitamin C!

Ia juga mengandungi pelbagai Vitamin yang merangkumi Vitamin B1, B2 dan  Vitamin D.

Dalam Roselle itu sendiri mengandungi hampir 486gm kalsium dan juga Magnesium, Beta-Carotene, Omega 3 serta bersifat antioksidan dengan kandungan Vitamin C serta serat yang tinggi di dalamnya!

Ia juga mengandungi serat, zat besi serta asid amino yang diperlukan tubuh seperti anthocyanin, potassium, flavonoids dan gossypetin.

Khasiat Roselle: 
  • Melambatkan proses penuaan ( kurangkan kedut,lembapkan kulit)
  • Sebagai diuretik, penurun suhu
  • Bersifat detoksifikasi
  • mencegah penyakit kronik : kardiovaskular, kanser, jantung
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh : demam, selesema
  • Mengatasi tekanan darah tinggi
  • Bersifat antibiotik ( mengandungi Flavonoids)
  • Mengurangkan resdung dan asma
  • Mengurangkan tekanan dan insomnia
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah radang pada salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mengubati migrain dan pening kepala
  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik
  • Mengubati luka luar dan dalam
  • Menyihatkan mata
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Menurunkan penggumpulan lemak di dalam hati
  • Menghilangkan sakit sakit badan
  • Membantu mencerdaskan otak pada kanak-kanak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA!
  • Mengurangi risiko Osteoporosis


RESIPI ROSELLE

Nak jadikan Roselle sebagai air sirap?

Senang je. Korang patah-patahkan kelopak Roselle tu, basuh hingga bersih dan letak gula secukup rasa dan rebus dengan air di atas dapur. Biar menggelegak sehingga kelopak Roselle tu menjadi lembut.

Bila dah lembut, jangan pulak buang kelopak tu. Kelopak Roselle tu banyak khasiat tau.Kelopak tu boleh dimakan, atau dibuat jem dan kalau kreatif, korang boleh buat dessert atau kek!

Ihsan dari Pak Google

Ihsan dari Pak Google

Nak resipi lain tak? :)

Bila rebus Roselle tu sebagai sirap, korang boleh mix dengan ESP atau mix dengan Mealshakes even mix dengan Shaklee Collagen Powder tau! Asalkan jangan minum semasa panas! Rasa Roselle tu sedikit masam, confirm sedap je minum dengan ESP, Mealshakes atau SCP!

Bolela try! :)


Sumber : berita kampus USM & hpa4u



**Free consultation untuk exclusive customer :)
-------------------------------------------------------------------------------------------
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases | Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit *
--------------------------------------------------------------------------------------------

 Like page Jom Sihat Jom  di Facebook untuk dapatkan tips & info terkini :

Atau boleh jengah untuk pertanyaan / order :


klik klik




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::