VITAMIN UNTUK KULIT, KUKU & RAMBUT CANTIK BERSERI..APA BAGUSNYA VITAMIN TU?

9:30 PM


Kulit yang cantik dan berseri memang menjadi idaman wanita..tapi,dengan kecanggihan teknologi dan peredaran zaman, kaum adam juga ada yang mementingkan kesihatan dan juga kecantikan kulit. Ala ala metroseksual gituu...

Bila kita menjaga kesihatan dalaman, serta merta kecantikan dan kesihatan luaran juga akan terserlah.




Cuma, pilihan di tangan kita. Nak yang mudah atau susah? Nak yang cepat atau lambat? Nak yang murah atau mahal? Nak beralasan macam tu lagi?

Vitamin dan mineral sememangnya amat diperlukan oleh badan  dan kulit kita bagi mengekalkan kelembapan kulit dan memelihara tahap kesihatan supaya lebih cergas.

Vitamin B mempercepatkan metabolisme sel dan menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Terdapat penyelidikan menunjukkan bahawa Vitamin B dapat memberi manfaat pada kulit samada diambil dalam bentuk supplement atau makanan mahupun disapu.


Ihsan dari PAk Google



APA BAGUSNYA VITAMIN B UNTUK KULIT?





  • B1 (Thiamin) merupakan antioksidan yang membantu melancarkan peredaran darah.Hal ini dapat melindungi kita daripada radikal bebas dan melambatkan penuaan kulit. 
  • B2 (Riboflavin) dapat membantu memelihara kulit supaya lebih sihat dan mencegah pertumbuhan jerawat yang banyak.
  • B3 (Niasin) diperlukan oleh tubuh untuk peredaran darah dan membantu peremajaan sel sel kulit sekaligus menjadikan kulit kelihatan cantik.
  • B5 (Asid Panthothenic) mengekalkan selaput mukosa dalam saluran penghadaman, bersama-sama dengan Vitamin A. Penting untuk kulit yang sihat, rambut dan kuku. Jerawat adalah satu tanda anda kekurangan Riboflavin. Iritasi dan ekzema juga akan terjadi jika kekurangan B5.
  • B6 (Pyridoxine ) membantu sistem imun untuk berfungsi dengan lebih baik. Kekurangannya boleh menyebabkan jerawat.
  • B7 (Biotin atau Vitamin H) meningkatkan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk penghasilan tenaga; membantu meningkatkan kesihatan saraf, kulit, rambut, kuku, hati dan kesihatan mulut.Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.
  • B9 (Asid Folik) membantu menyerikan kulit,menganjalkan kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut, antioksidan dimana membantu mengelakkan radikal bebas yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.
  • B12 ( Cobalamin) Membantu fungsi sistem saraf, pembentukan sel-sel darah merah. Menggalakkan kesihatan rambut, kuku, kulit supaya lebih sihat dan kuat. 

Vitamin B sememangnya dijadikan  untuk memelihara kesihatan kuku, kulit, dan rambut. Ia memang bagus sebagai agen pencerah kulit yang berkesan sekaligus mengurangkan pigmentasi. Haaa, masa ni la kulit kita akan nampak muda dan bersih tanpa cela. Glowww gitu, natural tanpa mekap. :)



Pada sesiapa yang ada masalah kulit seperti kemerahan, bersisik, ekzema dan lain lain, Vitamin B boleh membantu mengurangkan gejala tersebut secara natural. Ia juga melindungi kulit daripada cepat membengkak serta mampu meningkatkan jangka hayat sel sel badan.

Secara amnya, Vitamin B bagus untuk kesihatan kulit, kuku, dan rambut. Walaupun kita sering diuar-uarkan Vitamin B bagus untuk kesihatan mental, kesihatan janin dan mengelakkan spina bifida disebabkan ada asid folik didalam Vitamin B, penghadaman, tenaga, menyah toksin dan pembinaan sel sel baru, sebenarnya Vitamin B ni bagus untuk kesihatan kulit, kuku dan rambut kita.

Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, secara automatiknya semua fungsi badan akan berjalan dengan baik dan efeknya akan nampak pada luaran seperti kuku makin kuat, rambut kuat dan lebat serta kulit makin cantik serta glowing.





Anda sukakan kecantikan semulajadi? Lambatkan penuaan dengan keperluan Vitamin B yang cukup! :)

Pilihlah Vitamin B yang betul dan baik untuk kesihatan kita.







You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::