APA PERSEDIAAN KESIHATAN UNTUK PERGI HAJI ATAU UMRAH?

9:00 PM

Tidak lama lagi bermulalah perjalanan jemaah haji untuk ke Tanah Suci untuk melengkapkan Rukun Islam ke-5.


Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh jemaah antaranya semasa berada di dalam kapal terbang, persediaan mental dan fizikal serta dari sudut penjagaan kesihatan

Mak dan ayah sya merupakan bakal jemaah yang akan berlepas semasa pelepasan pertama, Insyallah. Harap harap kesihatan mereka dan jemaah haji yang lain pada sebelum, semasa dan selepas mengerjakan haji dalam keadaan baik baik sahaja.





Sebelum berlepas ke Tanah Suci, bakal haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital bagi mengetahui tahap kesihatan diri bakal jemaah. Dan semestinya semua bakal haji memang dah buat persiapan ni kan?

Langkah berjaga-jaga seperti membawa ubat ubatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan amat perlu lebih lebih lagi virus Mers-CoV mudah berjangkit kepada individu yang menghidap asma kerana berhadapan dengan cuaca agak panas iaitu melebihi 45 darjah celcius.



Ihsan dari Pak Google


Dari sudut persediaan kesihatan semasa berada di Tanah Suci, ada beberapa perkara yang perlu di beri perhatian:
  • Pakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan cuaca
  • Pakai mask apabila berada di kawasan berdebu
  • Minum air kosong/zamzam sebanyak 2-3 liter setiap hari terutamanya setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan.
  • Makan makanan yang berzat
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok


Jika bakal haji mengalami batuk dan selesa selama 24 jam, mereka akan dinasihatkan untuk segera ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Ada beberapa isu persediaan kesihatan yang perlu jemaah haji fokuskan semasa berada di 4 tempat berikut, antaranya : 


1) Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah

  • Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
  • Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
  • Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
  • Jika jatuh sakit dalam perjalanan, jemaah dikehendaki memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
  • Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk,Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan, Meninggal dunia dalam perjalanan2.




    Ihsan Shafiqolbu.com


    2)  Di Madinah
    • Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.(pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belah)
    • Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
    • Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
    • Banyakkan minum air 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
    • Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
    • Bagi memudahkan jemaah mendapatkan rawatan, ihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.


    3) Di Makkah
    • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.


    Ihsan dari Pak Google


    • Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
    • Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
    • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
    • Banyakkan minum air 3-4 liter sehari. 
    • Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
    • Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
    • Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
    • Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
    • Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.


                      4) Di Arafah Dan Mina

                      • Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
                      • Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
                      • Banyakkan minum air 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.


                      Selain dari penjagaan kesihatan seperti di atas, Set Umrah dan Haji Shaklee juga ada disediakan  untuk menambahkan ketahan fizikal ketika berada di Tanah Suci. Dengan keadaan cuaca yang panas dan berbeza suhu serta iklim daripada Malaysia, bakal jemaah mungkin kurang dapat membiasakan diri untuk beberapa hari ketika berada di sana.

                      Bayangkan selain dari cuaca yang panas, keadaan berdebu di sekitar Masjidil Haram yang sedang dalam penambahbaikan masjid dan hotel berdekatan juga memungkinkan kesihatan bakal jemaah sedikit terjejas.

                      Kepenatan berjalan kaki dalam mengerjakan ibadat, kurang rehat dan kurang tidur juga boleh kesihatan  bakal jemaah terganggu.

                      So, jangan biarkan alasan alasan kesihatan sebegitu menggangu ibadat yang merupakan Rukun Islam ke-5 ini begitu sahaja. Sia sia ibu bapa atau anda sendiri pergi ke Makkah dan Madinah untuk urusan haji jika tak dapat buat ibadat dengan sempurna.

                      Amalkan meminum air zamzam dan jangan lupa SET UMRAH DAN HAJI SHAKLEE! :)




                      You Might Also Like

                      1 Pengomen

                      Assalammualaikum / Hai...

                      Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

                      Terima Kasih.

                      FOLLOW US

                      :: GENG GOOGLE ::