TIPS BERBUKA PUASA YANG BERKESAN

9:00 PM

Ramai yang mengaitkan masalah sakit perut, gastrik dan sebagainya dengan amalan berpuasa.


                                                 

Bagi mengelakkan masalah kesihatan seperti tu terjadi, ada beberapa tips berbuka puasa secara sihat tanpa mencederakan perut yang lama berehat semasa kita berpuasa.


TIPS BERBUKA PUASA YANG BERKESAN


MULAKAN DENGAN KURMA






Kurma dapat memberi tenaga segera disebabkan kandungan gula semulajadi yang ada pada isi kurma.


Tenaga segera ni dapat memulihkan keadaan tubuh badan yang kurang bermaya sekaligus membolehkan kita bertenaga untuk berteraweh. Banyak lagi KHASIAT KURMA selain dari pembekal tenaga segera


MINUM AIR PUTIH




Minum air putih bagi melepaskan dahaga serta mengembalikan cairan yang hilang sepanjang seharian berpuasa

MAKAN MAKANAN BERSERAT




Setelah selesai solat, cuba mulakan makan makanan yang tinggi serat dulu sebelum ambil makanan berat. Makanan tinggi serat membantu mempercepatkan proses penyerapan gizi, menurunkan kadar kolestrol dalam darah,  penyeimbang tekanan darah dll.


ELAKKAN MINUMAN BERAIS



Elakkan minum minuman berais semasa berbuka kerana mampu membuatkan perut kita kembung. Selain tu,  Air sejuk berais juga akan membekukan bahan berminyak yang baru saja kita ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.

KAWAL PEMAKANAN

Pastikan kita makan dalam kuantiti yang diperlukan untuk tubuh sahaja tanpa makan secara berlebihan.
Ini dapat mengelakkan sistem pencernaan bekerja terlalu keras untuk mencerna makanan sekaligus selepas berbuka.


Jadi, dengan pengambilan makanan yang sederhana dan sihat akan menjauhkan kita dari kesihatan yang terganggu. Yelah, masa bulan puasalah bermacam masalah kesihatan akan timbul seperti gastrik.


** SUMEBR : MW Julai 2013



You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::