TIPS KEKAL BERTENAGA UNTUK BAKAL PENGANTIN

11:00 AM

Assalam...


Cuti sekolah pun dah nak stat ni so mesti ramai yang bz buat persiapan kahwin kan..Bila dok sibuk touch up barang hantaran ataupun last minute carik barang untuk hias segala bagai yang perlu,dari ke hulu hilir agihkan kad jemputan, sah sah kita tak menang tangan kan...

Mula mula je berangan macam kak jenin nak buat semua sendiri,kononnya nak ada la hasil kreativiti sendiri tapi akhirnya harapan tu hancur longlai...penat kottttt. Serius! korang pernah alami tak situasi macam ni dulu2?

Sya nikah bulan 3..yess, as a B2B memang rancang nak buat sendiri termasukla hias dulang hantaran ( alhamdulillah 6 dari 9 dulang tu sya yang hias) . Tapi, tula, kita hanya merancang kan. Sya plan nak edar kad kat member U sekitar minggu ke-2 bulan Februari. 

Ntah camana, minggu pertama tu sya diserang demam panas buat pertama kali sejak sekian lama huhuhu..Yang best, kali pertama kene demam panas selama seminggu! Setiap hari pi Klinik Kesihatan untuk ambil darah sebab hari ke-4 tu suhu badan nak cecah 40 degree dah..bahayooo bahayooo. 

Masa tu lupa yang Shaklee ada NUTRIFERON untuk tingkatkan antibodi badan dan bagus untuk demam, selesema etc..Owhh nanti sya buat entry pasal Nutriferon tu..

Bila masuk kerja balik, masa tu dah 13 hb...so sya ada 13 hari untuk settlekan banyak benda termasuk edar kad. Haaaaaa....bab ni ramai yang tak tahu sya nak kawen huhu. Surpriseeeee!!! ( sila jangan ikut jejak langkah macam ni, memang haru kalo korang ada jemputan 1000pax). 

YEsss.. masa ni menag kelam kabut sampaikan ada yang tak berjemput. Sorry...Hailaaa masa ni la baru betul2 nak jaga kesihatan sebab takut masa nak nikah kang terdemam balik. Mana bole pengantin pempuan pucat masa akad nikah kan? harusla ayuuu..



Ihsan dari Pak Google


So, ini tips untuk kekal cergas dan bertenaga menjelang hari bahagia korang nanti :

  • JANGAN SKIP BREAKFAST - walaupun bz sila la ambil brekfes. masa ni la badan kita akan dapat tenaga dan metabolisme badan pun aktif masa ni. At least makanla roti, pisang atau epal dengan jus buah kegemaran korang.
  • MAKAN SEDIKIT TAPI KERAP - Selalunya bakal pengantin akan mula serius untuk turunkan berat badan. So, dengan mengamalkan makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap  mampu menjadikan badan lebih sihat dan kekal bertenaga. Amalkan makanan sihat setiap 4 jam untuk lebih bertenaga.
  • BERSENAM - Buat je aktiviti senaman ringan yang korang suka. At least biar konsisten. Dulu sya main badminton tapi bila dah masuk bulan Februari, sya dah stop untuk merehatkan kaki atau tangan dari terseliuh.Sebab ada sekali tu pinggang terseliuh, kononya main macam Mrs Lee Chong Wei haha

Ihsan dari Pak Google

  • AMBIL SUPPLEMENT - haaa ni paling penting..bila dah bz bagai, mesti korang akan lesu dan letih. Ini disebabkan sel sel badan tak cukup nutrien yang diperlukan. Bila dah makan supplement yang sesuai, badan kekal cergas dan supplement juga bagus untuk sesiapa yang mengamalkan diet.  Shaklee ada SET KESUBURAN SHAKLEE untuk lelaki dan wanita especially untuk pasangan raja sehari. Selain sihat tubuh badan, mesti korang nak kekal cergas dalam aspek dalaman jugak kan? Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex dan B Complex sangai sesuai untuk pasangan dalam mendapatkan zuriat dan juga dari aspek kesuburan tu sekali. Multivitamin Vitalea pun bagus untuk kesihatan keseluruhan.

  • KERAP MINUM AIR -  Minum air masak dapat mengekalkan kesegaran tubuh badan, mencegah dari kehausan, meningkatkan metabolisme, buat kulit lebih sihat dan dapat penuhkan perut.
  • KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN - Kalo boleh, kurangkan pengambilan kopi sebab kafein ni tergolong dalam bahan yang mampu memberi tindakbalas gelisah pada badan. ataupun korang bole cuba CINCH ENERGY TEA MIX yang bagus untuk tenaga, elakkan penat dan lesu dan juga untuk meningkatkan metabolisme badan. Nak kurus pun bole dengan CINCH ENERGY TEA MIX !

Ihsan dari Google

  • MINUM JUS - Minum jus epal atau jus oren sekurang kurangnya sekali dalam sehari. Jus buah ni dapat membekalkan tenaga yang banyak, terutamanya kalo korang lesu dan letih nak hadap persiapan kahwin yang tak penah nak selesai :) Weiii  CINCH ENERGY TEA MIX  kan ada......apa susah kan?



As B2B yang bakal ke jinjang pelamin, yang penting korang jaga tahap kesihatan semaksimum mungkin, dan jangan lupa berdoa agar segala perjalanan majlis dipermudahkan Allah..



Whatsapp 014-6342040

You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::