PUNCA HAID DATANG LAMBAT

9:00 AM

Assalam..


Kenapa period aku datang lambat?? Ehh aku mengandung ke???Bukan ke aku tengah rancang kehamilan? Patutnya dah sampai waktu ni nak perioddddd...... Meh baca Penyebab Haid Tak Normal & Cara Atasi Haid Datang Lambat mungkin bole membantu korang yang ada masalah yang sama kan...



Yeahh adakala kita fikir bila haid datang lambat je, mesti mengandung. Itu ayat biasa yang terkeluar dari bibir wanita yang dah berkahwin. Klik Sini untuk cara lancarkan haid secara tradisinal dan moden.

Tapi, ada sebab lain kenapa haid seseorang tu datang lambat. Antaranya :


  • Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon kita dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

  •  Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

  •  Ubatan: Mungkin baru baru ini kita baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid kita lewat.

  •  Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya kita merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala,kena jumpa dengan doktor kerana kemungkinan besar kita alami masalah hyperprolatinemia.

  • Menyusu badanSekiranya kita menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid kita mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

      • Masalah tiroidRasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak            mungkin merupakan tanda yang kita mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah                sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.


  • GemukBerlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari beratsekarang dan kemungkinan besar kitaran haid akan kembali seperti biasa.

  • Terlalu kurusTidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid . Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid semula.

  • Tersilap kiraMasalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid setiap bulan supaya kita tak risau.

  • MenoposBagi mereka yang berusia lewat 40'an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang kita tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

  • Pencegah hamilSekiranya baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. 

  • HamilUjian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.Congratsss!!


Apa yang anda perlu buat sekarang?


Sekiranya hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan . Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur,kita boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya betul–betul hamil. Walaubagaimanapun, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk kita berjumpa dengan doktor untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.


You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::