CARA SIHAT FIZIKAL & MENTAL SUPAYA LEBIH CERGAS

2:22 PM

'badan yang sihat datang dari otak yang cerdas..'

Untuk dapat badan dan otak atau mental yang sihat serta emosi yang stabil, kita kena ambil berat tentang fizikal badan dahulu.Jika badan sihat, maka secara automatik keadaan mental pun ok. Betul ke? Ataupun kita kena jaga mental dahulu,then baru badan kita sihat dan fit.So, bergantung la kepada pandangan masing masing.


Bagaimana nak sihat fizikal & mental?



1) Rehat secukupnya.


Sekurang-kurangnya badan kita perlukan waktu tidur antara 7-8 jam sehari untuk beri masa pada organ luaran dan dalaman mengumpul tenaga semula untuk buat kerja sehari hari.

2) Bela haiwan kesayangan


Tanyala sesiapa yang ada haiwan kesayangan di rumah, mesti dorang akan cakap haiwan seperti kucing, anjing,arnab dsb dapat tenangkan diri mereka apabila tengok keletah keletah manja si comel.So, dari situ kita akan belajar erti kaseh sayang dan tanggungjawab untuk memelihara si comel dengan baik.Itu juga bole dijadikan terapi minda akibat stress bekerja.



3) Terdedah dengan pancaran mentari secukupnya


Tak dinafikan cahaya matahari mengandungi vitamin D yang bermanfaat untuk tubuh dan kulit.Pendedahan kepada cahaya matahari selama 10-15 minit  sehari mampu menaikkan mood positif.



4) Hargai masa terluang


Masa masa yang terluang especially weekend mungkin kita bole rancang aktiviti2 yang mampu mengeratkan hubungan bersama yang tersayang contohnya tengok wayang, makan makan atau lepak lepak.. Masa nila kita bole berkongsi cerita atau perassaan dan konfem kita akan rasa lega bila share masalah dengan orang lain. Dan pastikan orang tu bole dipercayai.


5) Hayati Keindahan alam


Tak dinafikan bila kita menghayati keindahan alam semulajadi, fikiran kita akan rasa tenang dan masa tu la kita akan fikir betapa hebatnya ciptaan Allah swt dan bersyukur dengan segala yang kita ada. Dari situ juga kita dapat berfikir perkara perkara positif sepanjang hidup kita.


6) Ambil makanan yang berkhasiat





Bila kita ambil makanan yang cukup segala nutrien,insyallah kita akan dapat badan dan mental yang sihat.

Tapi, harus diingat bahawa tak semua makanan yang kita ambil mampu membekalkan nutrien yang yang diperlukan oleh badan.

Dan, kalau korang  yang pentingkan kesihatan, multivitamin mampu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh. Sekaligus kalo kita mabil multivitamin, ia mampu memelihara kesihatan tubuh badan kita ke arah yang lebih baik.


'badan yang sihat datang dari otak yang cerdas..' Betul kan?




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

Not A StoryTeller

Not A StoryTeller

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::