RESIPI CADBURY KRISPY MARS BAR YANG SUPER DUPER SEDAP DAN MUDAH. SERIUS!

6:24 PM

Assalam...

One day, adik saya godek-godek instagram (kami gila dgn IG) dan ternampakla satu IG yang jual Cadbury Mars Bar atau Cadbury Krispy Mars Bar atau etc.. tak sure mana satu nama yg sebenar-benarnya.

Adik saya ni mmg suka baca review komen mana2 bisnes online.

Dan dari Penyiasatan dia :

Feedback customer2 IG tu kata benda alah ni mmg sedap nyumnyumnyum sampai bole buat org yang tengok meleleh ayaq liur.


 Sedap tu mmgla sedap..Bekas sekecil ni berharga rm30 termasuk postage (kalau tak silap laa)


Okay..saat kami sama-sama merasa dessert ni (dessert ke kita panggil?den tak sure), uiii terasa kecoklatan Cadbury dan hujung-hujung tu ada rasa Mars.Sedap nnyumnyummm..memang tak cukup kalau makan bekas kecil mcm tu.

So, disebabkan kami ni mmg berselera besar dgn coklat, sya decide nak buat sendiri. Lagipun, bole save kos kan. Bukannya susah nak buat.Ewahhh mcm berlagak tak bunyi ayat tu? hihi.
1st time try and error, sya memandai guna cooking choc (nak save kos ) yang org guna untyk buat homemade chocolate. Euuuuuwwwww, sedap tu mmgla sedap tapi kerassss kot. Sebab coklat tu mengeras kan,bole terkopak gigi koooo...huhu. ***FAIL****

Then, saya buat kali kedua dan kali ni dah tak kedekut hihi so sya guna Cadbury yg berharga RM6 tu. Bahan-bahan lain : Krispy rice, Mars bar dan sya pakai sikit butter supaya benda alah ni rasa lemak2 masin skit.Baru ummmppphhh...



 Bahan-bahan : Cadbury, Mars Bar, Krispy Rice, Butter


Dan, sya double boilerkan Mars Bar dan butter. Biar mencair. Then gaul-gaulkan dengan krispy rice tu.

Lepas tu, sya double boilerkan lagi Cadbury sampai cair. Last, tuang adunan Cadbury kat atas krispy Rice yang dah digaul dgn cairan Mars bar. Senang kan?

Taddaaaaa....

 
Sebelum sejukkan adunan ni, sya wrap dengan plastik supaya bau fridge tak melekat

Setelah dipotong-potong.. :)

Makan sekali terasa nak lagi ... tagline ni sesuai untuk sesiapa yang tak muak dengan coklat dan kemanisan ;) ...just try & u will love it!


You Might Also Like

3 Pengomen

  1. Masa.cairkan cdbury cmpur butter x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu..butter dengan mars bar je kene sama2 cair. cadbury cairkan masa nak tuang kat atas mars

      papehal bole whatsapp :)

      Delete
  2. Kalau x guna mars chocolate tu boleh ke?

    ReplyDelete

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::