RESIPI KUIH BAKAR PANDAN YANG SEDAP DAN SENANG SANGAT NAK DIBUAT!RUGI KALAU TAK CUBA!

7:25 PM

Assalam Bloggers~~

Hajat di hati ni memang macam-macam nak buat,kuih itu la kuih ini la tapi hati macam tertarik nak buat kuih bakar.Nak dijadikan cerita, penah sekali mak terbeli (terbeliiii???) kuih ni dari anak yatim (Rumah anak yatim di Nilai).

Sekali rasa,emmm sedap jugak.Disebabkan tu,sya semangat carik resipi untuk try buat!

Tapi,hampehhh.Tak buat-buat jugak.Bukannya malas,tapi setiap minggu ada je aktiviti merayap (merayap bukan sebarang merayap) yang saya buat ngan famili.hehe.

Okey,akhirnya last week akhirnya hajat di hati tertunai jua.Spend 1 day untuk buat kuih yang simple ni. ( baru belajar buat hehe)


www.bysyiraishak.blogspot.com
--nampak mcm sedap x?--

www.bysyiraishak.blogspot.com
--guna acuan kecil--


Resipi kuih bakar ni sayarujuk dari Joayee myresipi..Banyak lagi resipi lain yang boleh di refer, tapi saya prefer resipi dia.Mungkin resipi Joayee nampak menarik kot .Thanks Joayee (nanti sya letak dalam laporan masakan ye!)


Bahan-bahan :

www.bysyiraishak.blogspot.com

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-cara
  1. Campur semua bahan. Blend sampai sebati.
  2. Masukkansedikit minyak dlm loyang .
  3. Panaskan loyang dlm oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi. Taburkan bijan. bakar dalam 180 darjah, sampai garing & masak.

Cubala!




You Might Also Like

0 Pengomen

Assalammualaikum / Hai...

Sila tinggalkan jejak anda kat sini..Nanti saya boleh blogwalking!:)

Terima Kasih.

FOLLOW US

:: GENG GOOGLE ::